True Thinline Colours Jam Tangan Minimal Buat Generasi Baru Oleh RADO

True Thinline Colours Jam Tangan Minimal Buat Generasi Baru

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Antara kriteria yang dicari oleh peminat fesyen dalam pencarian jam tangan adalah: simpilicity. Terutamanya untuk golongan millennial yang lebih menggemari aksesori fesyen yang minimal tetapi pada masa yang sama, menawan.

 

Untuk menepati kriteria idaman ramai ini, p,buat jam tangan Swiss, Rado, telah memberikan nafas baru kepada koleksi True Thinline mereka dengan empat rekaan chic yang baru dalam True Thinline Colours.

 

Setiap satu daripada jam ini ditampilkan dengan variasi seramik berteknologi tinggi, rekaan yang minimal pada dail tanpa perincian berlebihan, empat rona warna kromatik seperti inky blue, forest green, lunar grey, atau chocolate brown.

 

Gabungan rona warna dengan rupa bentuk jam tangan ini menjadi ciri utama koleksi True Thinline Colours ini kerana rekaan minimal yang digunakan. Selain daripada ringan dan hypoallergenic, seramik high-tech juga terkenal dengan ketahanannya kepada kelasakan.