Aura Feminin Dengan Calatrava Oleh Patek Philippe - Glam Malaysia

Aura Feminin Dengan Calatrava Oleh Patek Philippe

Jarangkali jam tangan dikaitkan dengan frasa ‘feminin’ walaupun ada koleksi jam tangan yang dihasilkan khas untuk wanita kerana jam tangan sering dilabelkan sebagai sesuatu yang maskulin.

 

Foto: Patek Philippe

Wanita moden kini menggunakan jam tangan sebagai salah satu aksesori utama mereka dalam bergaya.

 

Foto: Patek Philippe

Pembuat jam tangan mewah Patek Philippe enggan mengalah dengan standard jantina yang ditetapkan oleh masyarakat, telah menghasilkan sebuah jam tangan yang mempunyai elemen feminin dan kekuatan yang memberikan gambaran seorang wanita moden dan sophisticated.

 

Haute Joaillerie Calatrava (Ref 4899) adalah jam tangan wanita terbaru yang menampilkan Patek Philippe menggabungkan kepakaran mereka dalam gemsetting dan juga pembuatan jam.

Calatrava dibuat daripada emas putih 18 karat, dail yang diperbuat daripada mutiara, bertatahkan 149 biji berlian Top Wesselton dan juga 182 biji sapphire merah jambu. Tidak lupa juga signatur Patek Philippe: pergerakan kaliber 240 ultra-nipis.

 

Perincian lain yang membuatkan jam tangan ini menawan adalah bulu pelepah yang diukir secara manual mengelilingi badan jam tersebut dalam pelbagai rona ros. Dilengkapi pula dengan tali ros daripada kulit aligator.

See also
Koleksi Futuristik Spring '17 DKNY Untuk Golongan Milenial

 

Foto: Patek Philippe