Longines Memperkenalkan Koleksi “Record” Sempena Ulangtahun Ke-185

GLAM Horologi

Longines Memperkenalkan Koleksi “Record” Sempena Ulangtahun Ke-185

186

Diasaskan oleh Auguste Agassiz pada tahun 1832 di Switzerland Longines bakal menyambut ulangtahun ke-185 mereka tahun ini. Untuk menandakan peristiwa istimewa ini, mereka telah memperkenalkan koleksi terbaru mereka, Record, yakni sebuah koleksi yang menggabungkan elegan klasik dan kecermelangan terunggul sebagai peneraju untuk masa depan jenama ikonik ini.

 

Buat pertama kalinya untuk Longines, setiap satu ceraian daripada koleksi ini telah diberi pengiktirafan sebagai “chronometer” oleh Swiss Official Chronometer Testing Institute (COSC).

 

Disebalik profil minimal dan elegan koleksi ini setiap satunya mempunyai spring imbang yang memastikan ayunan yang seimbang dan sekata bagi memastikan kelancaran jam tangan Record ini.

 

Jam tangan Record juga turut dilengkapi dengan kaliber automatik menjadi sebab utama koleksi ini menerima kelayakan “chronometer” yang turut dipamerkan dalam setiap jam tangan daripada koleksi ini.

 

Koleksi terbaru ini juga tampil dalam empat saiz yang berbeza (26, 30, 38.5, fan 40 mm) dan sesuai untuk wanita (tujuh dail) dan lelaki (enam dail). Setiap ceraian juga mempunyai tiga tangan berfungsi dengan bingkai besi — dan juga bingkai besi set-berlian pada dua dail untuk wanita — yang dimuatkan dengan gelang besi atau tali jam kulit buaya.

 
[envira-gallery id=”74834″]

Your email address will not be published. Required fields are marked *