Interpretasi Elemen Feminin Franck Muller Melalui Vanguard Lady - Glam Malaysia

Interpretasi Elemen Feminin Franck Muller Melalui Vanguard Lady

Demi memartabatkan arloji wanita dalam dunia horologi, Franck Muller telah menerapkan interpretasi elemen feminin yang baru yang menampilkan perincian dinamik serta ciri-ciri elegen dan sensual dengan rangkain jam tangan wanita terbaru mereka The Vanguard™.

 

V SC DT 5N BR BC

Koleksi yang tampak ceria dan elegen ini juga diinspirasikan daripada dimensi Cintrée Curvex yang lazim dengan identiti asal koleksi Vanguard. Vanguard Lady pula menekankan perincian penuh glamor. Dail ibarat sinaran matahri itu juga turut dihiasi dengan digit-digit appliqué  pelbagai rona warna. Perincian feminin ini memberikan imej sporty dan berani kepada badan jam tersebut.

 

Franck Muller juga mengekalkan seni bina asal Vanguard™ agar jam tangan ini sesuai dan terletak selesa pada pergelangan tangan. Vanguard Lady ini juga dilengkapi dengan tali jam tangan menggunakan getah dan kulit dengan sulaman berwarna.

 
[envira-gallery id=”68961″]

Vanguard Lady yang menempatkan pergerakan quartz ataupun automatik ini merupakan satu koleksi yang sporty dari segi bentuk rekaannya yang tampak feminin dan maskulin. Dihiasi pula dengan butrian berlian mewah.

See also
Akhirnya Menswear Oleh Isabel Marant!