Gemerlapan Pesona Permata - Glam Malaysia

Gemerlapan Pesona Permata

Keunggulan sesebuah nukilan jam tangan terletak di atas ketukangan rumit mekanikal dan perinciannya. Ketelusan kilauan hamparan intan permatanya dan rona yang pelbagai juga terkait sama di dalam menyanjung garapan terhebat lapangan arloji.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
BOUCHERON

Dipertontonkan menerusi himpunan crazy jungle, hathi elephant diperbuat daripada emas merah 18 karat. Berpaksikan pergerakan automatik, laman dailnya membias eksotika mozek motif gajah yang digarap dalam butiran berlian, oniks dan batu nilam multi-rona.