Trend - Seni Kontemporari Kayu Pereka Dunia - Glam Malaysia

Trend – Seni Kontemporari Kayu Pereka Dunia

Kolaborasi antara dua nama besar mengabungkan jenama produk tempatan; Lumbermart dan pereka kayu tersohor; Thomas Hucker menghasilkan koleksi perabot yang dinamakan Backley. Sebagai pakar rekaan kayu, identiti Thomas Hucker unik seiring rekaan perabot dan aksesori berasaskan kayu yang telah diciptakannya sejak pertengahan 1970-an.

 

Pakar rekaan kayu, Thomas Hucker menonjolkan identitinya unik seiring rekaan perabot dan aksesori berasaskan kayu yang telah diciptakannya sejak pertengahan 1970-an.

 

“Saya memikirkan diri saya sebagai pemuzik,” kata pereka yang berpangkalan di New Jersey ini.

 

Hucker memberikan contoh pemain jazz kegemarannya Miles Davis dan John Coltrane yang cukup memahami alat muzik yang digunakan, selain mempunyai tahap kemahiran yang tinggi sehingga memberi mereka kebebasan untuk menafsirkan muzik seperti yang dipersembahkan.

 

 

Seni keindahan semulajadi dan teknik pertukangan tradisional teras kepada penciptaan koleksi Backley, LUMBERmart. Jenis kayu padu bermutu seperti American Cherry, Oak, American Walnut disambung menggunakan teknik tanggam kayu tradisional tanpa paku dan skru.

See also
American Express Platinum Card Rai Ulang Tahun ke-18

 

 

Rekaan kabinet berlaci FLŌ memperlihatkan keutuhan, tekstur, corak bijirin dan warna asli kayu. Pemegang material kulit memberi visual teguh. Kabinet ini turut mempunyai ruang simpan tersembunyi untuk storan material berharga.

 

Kunjungi ruang pamer LUMBERmart di Jalan teknologi 3/1, Selangor Science Park 1, Kota Damansara,