Tip Hapuskan Bau Busuk Di Rumah - Glam Malaysia

Tip Hapuskan Bau Busuk Di Rumah

Musim perayaan momen indah diraikan. Kunjung mengunjung mengeratkan silaturahim bersama. Apabila tetamu tiba di rumah, pastinya tuan rumah mahukan setiap inci ruang kediaman berkeadaan molek dan indah dipandang. Begitu juga aroma di dalam kediaman, pastikan segalanya harmoni. Cuka, serbuk soda bikarbonat dan lemon adalah kunci penghapus bau semulajadi dan mudah.

 

 

19

Rangkaian wangian dan kelalang elektronik rekaan Kartell.

 

  1. Dapur

 

Didihkan seperiuk air bersama 2 sudu besar cuka dan 2 hirisan lemon. Biarkan seketika, apabila air mula mongering, tambahkan air lagi. Cuka bertindak menyerap bau kurang enak di segenap dapur.

 

2. Peti Sejuk

 

Tuangkan air rebusan cuka tadi ke dalam mangkuk dan biarkan di dalam peti sejuk. Biarkan selama 1 hari atau sehingga tiada lagi bau busuk dalam peti sejuk.

 

3. Ketuhar Gelombang Mikro

 

Panaskan air panas, cuka bersama hirisan lemon di dalam ketuhar gelombang mikro selama 2 minit. Campurkan soda bikarbonat, sabun dan air. Tuangkan ke dalam bekas penyembur. Semburkan di seluruh permukaan dalaman ketuhar. Biarkan selama 5 minit dan lap kotoran ketuhar sehingga bersih.

See also
Sejenak - Kamar Kecil Dramatik

 

4. Serangga Perosak

 

Letakkan helaian daun pandan di sekitar kawasan tong sampah samaada sampah kering atau basah untuk menghalau lipas dan semut. Racik-racikkan daun pandan dan biarkan di dalam mangkuk. Daun pandan akan menebar aroma segar di segenap ruang kediaman. Boleh juga, keringkan hirisan oren, limau nipis dan lemon sebagai penyegar di kediaman.

 

5. Bilik Air

 

Pastikan bilik air sentiasa kering dan tidak bertangkung. Suasana lembap dan berair penyebab kulat dan bau hapak terjadi. Masukkan pembersih tandas dan pembasmi kuman dalam tangki pembersih tandas agar pembersihan tandas berlaku setiap kali tandas digunakan. Gantungkan pewangi atau semburan pewangi.

 

6. Daun Teh

 

Jika mempunyai haiwan peliharaan, masukkan daun teh di dalam bekas pasir buangan. Daun teh bertindak menyerap bau najis dan menyucikan atmosfera.

 

7. Bekas Plastik

 

Bekas simpan makanan seperti plastic juga mempunyai bau tersendiri. Apabila bekas plastik telah dicuci, masukkan beberapa helai kertas surat khabar lama atau kertas terpakai di dalam bekas. Bekas akan bebas bau tidak enak, apabila mahu digunakan.

See also
Who Wore It Better: Halsey Atau Hailey?

 

8. Lilin

 

Apungkan aroma hangat lilin wangi 1 jam sebelum tetamu tiba. Pilih aroma alam segar berunsurkan asidik, sitrusi untuk menghapuskan bau dengan lebih berkesan.