Seni Bina Marina Bay Sands

Galeri DEKO, GLAM DEKO

Seni Bina Marina Bay Sands

348

 

Mengenai Marina Bay Sands

 

Dibuka lewat April, 2010 lalu dengan kos pelaburan mencapai USD 5 billion, hak untuk beroperasi Marina Bay Sands (MBS) diserahkan di bawah selenggaraan Las Vegas Sands Corp selama 30 tahun (tidak termasuk 10 tahun pertama tempoh operasi). Resort intergrasi ini merangkumi 2, 561 bilik hotel, pusat konvensyen, pusat membeli-belah, restoran bertaraf lima bintang, teater, kasino, dan muzium seni dan sains.

 

Moshe Safdie diberi mandat untuk mereka bentuk keseluruhan pelan projek MBS. Menurut Safdie, “Cabaran kami adalah untuk mewujudkan satu tempat penting awam berskala daerah-bandar, dalam erti kata lain, bagaimana kami menangani isu projek berskala mega dengan binaan satu landskap bandar yang masih boleh diusahakan oleh tenaga kerja manusia.”

 

Sky Park

 

Dibina di atas tanah seluas 10 juta kaki persegi, binaan tiga menara setinggi 55 tingkat ini banyak menyerap pengaruh campuran homogeni etnik Cina, Melayu, India dan Barat justeru mencerminkan masyarakat Singapura. Tiga menara berkembar ini turut bertindak sebagai paksi sokongan buat bumbung teres –Sky Park. ‘Berlabuh’ sepanjang 340 meter, Sky Park memberi akses eksklusif buat pengunjung ke 150 meter kolam renang infiniti dan dek pemerhatian. Berkeluasan 1.2 hektar, kolam renang infiniti ini menjangkaui 10 buah kolam renang bersaiz Olimpik! Ukuran bumbung teres ini menyamai dua buah jet Boeing 747.

 

Menyajikan pemandangan bandaraya Kota Singa secara menyeluruh, Sky Park adalah salah satu keajaiban dunia kejuruteraan kerana jarak kedudukkannya, 200 meter (656 kaki) dari paras laut. Selain dari menjadi penghubung antara menara, Sky Park terlindung dari angin serta menjadi rumah buat lebih 250 spesies pokok dan 650 tanaman botani. Sky Park menjadi lambang ‘Garden City’ yang menjadi asas kepada strategi reka bentuk bandar urban Singapura.

 

Gardens by the Bay

 

Digelar “Taman Avatar”, Gardens by the Bay banyak meraih anugerah seni bina dan reka bentuk berprestij dunia dibina di Marina Reservoir. Antara destinasi hortikultur terbaik di dunia yang pernah dibina ini menjangkau 101 hektar luas tanah yang ditebus guna. Taman indah ini terbahagi kepada dua sektor; Bay South Garden dan Bay East Garden.

 

Dipayungi pokok – pokok gergasi di seluruh taman, tumbuhan liar daripada tanah tinggi tropika sehingga 2, 000 meter dari paras laut ada di sini. Kelibat kabus – kabus nyaman melindungi gunung buatan manusia setinggi 35 meter yang mengalirkan air terjun indoor tertinggi di dunia.

 

Bay South Garden adalah lingkungan taman terbesar dengan reka bentuk menyerupai bunga kebangsaan Singapura, Vanda ‘Miss Joaquim. Di sini terdapat Super Trees, pokok – pokok terbesar dan tertinggi (setinggi 9 hingga 16 tingkat bangunan!). Anda boleh berjalan di atas laluan tergantung antara dua uper Trees untuk melihat habitat burung yang ada. Apabila malam menjelma, persembahan tari lampu dan bunyi berlangsung di Taman Rhapsody.

 

Untuk ke Marina Bay Sands, anda boleh terus menaiki MRT Singapura menuju terus ke stesen Marina Bay Sands (stesen MRT Bayfront – CE1, Exit B, C, D, E).

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *