Seni Bina Futuristik The Philharmonie de Paris - Glam Malaysia

Seni Bina Futuristik The Philharmonie de Paris

Tanggal 14 Januari menyaksikan pembukaan dewan simfoni, The Philharmonie de Pariss, selepas kira-kira 20 tahun untuk disudahkan setelah sekian kali terpaksa ditangguh. Dibina oleh arkitek tersohor, Jean Nouvel, The Philharmonie de Paris adalah sebahagian projek Cité de la Musique.

 

Menelan belanja sebanyak €390 juta, Jean Nouvel membina 2,400 tempat duduk, bumbung logam condong membolehkan pengunjung berjalan merentasinya, dan menggunakan 340,000 keping aluminium bagi mewujudkan kesan kawanan burung di struktur luar bangunan futuristik ini. The Philharmonie de Paris berlokasi di utara ibu negara Perancis, Parc de la Villette.

db72678bff054c67aca466c27eddfcee1020

Struktur luar The Philharmonie de Pariss.

 

La_façade_de_la_Philharmonie_de_Paris,_18_janvier_2015

340, 000 keping aluminium digunakan bagi mencipta kesan kawanan burung di struktur luar bangunan.

 

p02hfqxd

Pemandangan dalam dewan orkestra yang mampu menampung 2,400 tetamu.

 

 Profil Arkitek

1

1. Jean Nouvel menuntut di sekolah seni, the École des Beaux-Arts di Paris. Ahli pengasas Marikh 1976 dan Syndicat de l’Architecture.

2. Lahir pada 12 Ogos 1945 di Fumel, Lot-et-Garonne, Perancis.

See also
10 Idea Dekorasi Meja Makan Untuk Keraian Istimewa

3. Projek dia pernah membina Institut Dunia Arab, Pusat Kongres dan Kebudayaan Lucerne, Teater Guthrie Minneapolis, Torre Agbar Barcelona, Musée du quai Branly Paris dan Fondation Cartier Paris.

4. Anugerah Anugerah Aga Khan bagi Seni Bina (Institut Dunia Arab), Pritzker Prize, Wolf Prize di dalam Seni dan Praemium Imperiale.