Santai – Jagoan Kota Jentera Subaru XV 2.0i-P

Galeri DEKO, GLAM DEKO

Santai – Jagoan Kota Jentera Subaru XV 2.0i-P

18

Januari lalu, team GLAM Deko membuka lembaran tahun baru dengan staycation di Tiarasa Escapes Glamping Resort. Pemanduan selama 55 minit menuju ke Janda Baik dari Kuala Lumpur langung tidak terasa. Jentera moden Subaru XV memaccu kami ke destinasi; melalui jalan tidak rata dan agak berliku dengan begitu lancar.

Enjin Petrol 2.0 Lebih Ringan & Jimat

 

Kami diberi peluang memandu Subaru XV varian spesifikasi tinggi 2.0i – P yang dijana kuasa oleh enjin petrol baru 2.0 liter baharu 2.0 liter naturally-aspirated suntikan-terus empat-silinder. Penjana kuasa ini menghamburkan kuasa sehingga 154 hp (156 PS) pada 6, 000 rpm dan tork 196 Nm pada 4, 000 rpm, dipadankan bersama Lineartronic CVT, yakni rekaan enjin seberat 7.8 kg lebih ringan berbanding model XV terdahulu.

 

Kuasa enjin juga lebih laju 6 hp membolehkan XV serba baru ini dipacu dari kelajuan 0-100 km/j dalam masa 10.4 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum 194 km/j.

 

 

XV X- Mode

Merentasi jalan berbukit dan berliku menuju ke Janda Baik, sistem Symmetrical AWD secara standard yang kini dilengkapi fungsi X-Mode pada jentera XV memberikan impak  tayar tidak terlalu ringan dan cepat berpusing apabila melalui jalan berlumpur atau kawasan licin.

 

X-Mode dibina menggunakan teknologi Subaru Global Platform yang diperbaharui sepenuhnya yang dikatakan mempunyai peningkatan prestasi keseluruhan secara ketara berbanding binaan platform sebelumnya.

 

Sistem kawalan traction memastikan tayar tidak mudah terpusing.

 

 

Estetika Moden

 

XV model spesifikasi tertinggi dilengkapi lampu utama LED bersama lampu nyalaan siang LED berbentuk C, kekemasan garisan cermin krom dan rel bumbung berwarna perak. Aksesori lain termasuk lampu kabus hadapan, pemegang pintu berwarna perak, spoiler bumbung, shark fin antena dan roda aloi dua tona 17-inci mendakap tayar 225/ 60R17.

 

 

Menjengah bahagian dalam kabin, memperlihatkan rekaan papan pemuka lebih elagan dan kelihatan premium. Paparan pelbagai-informasi boleh dilihat pada skrin LCD warna sepenuhnya berukuran 6.3 inci di atas panel instrument, roda stereng dan tombol gear dibaluti material kulit. Info lebih lanjut mengenai Subaru XV di Subaru XV Malaysia. 

 

 

 

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *