Sajian - Moktel Eksotika Buat Merai Tetamu - Glam Malaysia

Sajian – Moktel Eksotika Buat Merai Tetamu

Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Tan Guo Xiang

Team GLAM Deko bereksperimen ramuan rempah ratus, herba dan buah-buahan tropika untuk menghasilkan moktel bergaya dan tentunya enak. Durian belanda, nenas, kelapa, kayu manis dan bunga lawang antara bahan yang digunakan untuk menerbitkan tunas rasa eksotika tropika. Malah, bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang mesti ada di setiap dapur orang kita. Sempena musim perayaan kali ini, apa kata mencuba resipi moktel menarik ini untuk tetamu yang berkunjung menghilang dahaga dan lebih segar dengan faktor cuaca yang agak panas.

Resipi Moktel Rasberi & Bunga Lawang 

Bahan – bahan (3 gelas moktel)
 
100 gm rasberi
3 biji nenas kecil (baby pineapple)
3 batang daun rosemary
3 biji bunga lawang
3 sudu kecil sirap moktel perisa strawberi
3 tin air tonik

Cara menyediakan

    1. Masukkan 10 biji rasberi bersama air di dalam bekas acuan ais dan biarkan beku seketika.
    2. Kisar rasberi bersama sedikit air sehingga hancur.
    3. Kisar nenas bersama sedikit air sehingga hancur.
    4. Tumbuk bunga lawang sehingga hancur.
    5. Masukkan pes rasberi ke dalam gelas moktel pilihan.
    6. Masukkan pes nenas ke dalam gelas.
    7. Masukkan sirap moktel perisa strawberi.
    8. Tuangkan air tonik ke dalam gelas.
    9. Masukkan bunga lawang yang telah dihancurkan.
    10. Hiaskan moktel bersama herba rosemary dan bunga lawang.
See also
Jam Tangan Black Bay S&G Inklusif Buat Semua