Promosi - Menangi Percutian di Temple Tree Resort, Langkawi - Glam Malaysia

Promosi – Menangi Percutian di Temple Tree Resort, Langkawi

 

 

Temple Tree Resort, Langkawi

 

Percutian 3 hari 2 malam di Temple Tree Resort, Langkawi untuk dua orang bernilai RM2,300

 

Temple Tree Resort, Langkawi meraikan kekayaan budaya Malaysia melalui vila-vila antik yang terletak dalam estet resort ini. Vila-vila ini terdiri daripada enam kategori rumah tradisional seperti Penang House, Chinese House, Colonial House, Plantation House dan sebagainya. Malah, vila-vila yang disediakan ini mempunyai sejarah tersendiri dengan hiasan dalaman yang memuji ciri-ciri vila tersebut, selain ruang penginapan jenis suite.

 

Apabila pengunjung tiba di resort ini, mereka akan dilayan seperti tetamu rumah di The Straits Club House. Bangunan ini merupakan sebuah rumah Serani berusia 90 tahun yang telah diubahsuai menjadi sebuah club-house untuk tetamu menjamu selera di restoran, bar ataupun meluangkan masa di perpustakaan yang disediakan. Tambahan pula, terdapat dua buah kolam renang di resort ini dengan pemandangan alam semulajadi nan indah kala bersantai. Bagi tetamu yang ingin meneroka Pulau Langkawi, resort ini juga menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan pelancongan. Temple Tree Resort menjanjikan percutian “heritage chic” bagi mereka yang ingin merasai kehidupan budaya Malaysia zaman dahulu.

See also
Trend - Solusi Air Bersih di Kediaman

 

Bulan ini, GLAM Deko dan Temple Tree Resort Langkawi menawarkan promosi istimewa untuk para pembaca dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan melalui laman instagram @glamdekomy. Pastikan anda telah menekan butang follow di akaun kami! Ikuti langkah-langkah berikut:

 

 

  1. Repost gambar ini di akaun Instagram anda dengan menggunakan hashtag #glamdekogiveaway, tag orang yang ingin anda bawa ke Temple Tree Resort, Langkawi dan beritahu kami mengapa anda ingin membawanya bersama
  2. Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy
  3. Tag #templetreelangkawi dan @glamdekomy
  4. Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak dan akan dimaklumkan menerusi e-mel pada 15 Mei 2018

 

Terma & Syarat Penyertaan:

  • Promosi ini akan tamat pada  11.59pm, 30 April 2018 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada 15 Mei 2018 (tertakluk pada perubahan).
  • Hanya post yang dilakukan pada sepanjang tempoh promosi dikira sah.
  • Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
  • Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
  • Anda harus mengikuti setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan buat promosi ini.
  • Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal.
  • Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ianya menjadi hak milik pemenang.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.
See also
GLAM Deko Kediaman - Gaya Hidup Premium