Perpustakaan Terindah di Dunia : Klementinum, Prague - Glam Malaysia

Perpustakaan Terindah di Dunia : Klementinum, Prague

[soliloquy id=”47555″]

 

 

Siapa sangka sebuah perpustakaan boleh menjadi begitu indah sempurna. Kebiasannya, masyarakat membayangkan perpustakaan sebagai sebuah bilik atau kawasan yang dipenuhi buku-buku, senyap, dipenuhi hiasan dekorasi  ringkas dan kurang menarik. Berlainan pula Perpustakaan Klementinum Prague yang telah dibuka pada 1722, pastinya mengagumkan anda kerana hiasan yang ada di dalamnya menjadikannya sebagai salah sebuah perpustakaan paling indah di dunia!

 

Apa yang menarik?

 

Di samping menyimpan lebih 20, 000 buah koleksi novel, perpustakaan ini megah tersergam dalam seni bina Baroque. Saat anda menyelusuri rak-rak buku lama, pandang ke atas dan nikmati hasil karya Jan Hiebl’s; lukisan gaya Reinassance di siling yang sangat indah dan menunjukkan kepentingan pendidikan.

 

Potret Maharaja Joseph II juga dapat dilihat di bahagian utama dewan. Potret ini digantung kerana, Maharaja Joseph yang memastikan buku-buku biara dihantar ke Klementinum.

 

Sumber rujukan: mymodernmet.com