Fungsi dan Jenis Permaidani

GLAM DEKO, Inspirasi

Fungsi dan Jenis Permaidani

345

Hamparan permaidani menyempurnakan keseluruhan dekorasi dan konsep kediaman. Ramai yang silap menyuai padan hamparan permaidani mengikut fungsi setiap ruang di kediaman. Ketahui lebih mendalam jenis-jenis dan kriteria rekaan permaidani yang sesuai untuk setiap ruang di kediaman.

 

3422000250_2_1_1
Zara Home

Kamar Beradu

 

Bilik tidur perlu dicipta sebagai santuari peribadi yang tenang, harmoni dan aman. Hamparan permaidani tenun kapas, wul dan sutera berwarna terang pastel adalah pilihan ideal untuk ruang ini. “Di bilik tidur, setiap penghuni mula berhibernisasi, dan perlu berada dalam suasana bahagia dan mendamaikan. Saya tidak akan sesekali mengenakan hamparan permaidani gelap di sini. Saya sukakan simbahan palet cerah dan zen-light,” kata pereka hias dalaman, Frank de Biasi. Pesan de Biasi lagi, elakkan fabrik vinyl terutama yang memiliki perincian dramatik seperti benang metal.

 

johnlewis_7372244499695
John Lewis

Ruang Tamu

 

Kebiasaannya, ruang tamu sudah dilapisi permukaan lantai yang indah; jubin atau kayu. Permaidani bersaiz kecil sudah memadai agar segala ira dan reka bentuk jubin di lantai tadi turut sama menyerlah. Pilih permaidani jenis wool pile cut, ekoran kadar trafik yang tinggi di ruang ini. Fabrik jenis ini mudah dibersihkan, kurang berbulu daripada sutera, kapas atau nilon. Pilih warna bertentangan warna latar atau sarat corak; abstrak, geometri atau floral untuk statement gaya.

 

ALLIER2

Pintu Masuk (bahagian dalam)

 

Pilih permaidani yang tidak terlalu besar dan mendominasi segenap ruang, bentuk segi empat tepat cukup ideal. Material permaidani perlu bersifat tahan lasak dan menyerap air kerana hamparan di ruang ini akan mencuci tapak-tapak kaki sebelum meneruskan langkah di sekitar kediaman.

 

grey-and-blue-dining-room-wainscoting-dark-stained-dining-table

Ruang Makan

 

Ruang yang menghimpunkan seluruh penghuni di kediaman dan memerlukan permaidani berukuran besar, lebih besar daripada ukuran meja makan. Jelas de Biasi, “Saya memilih material wool pile cut untuk ruang ini kerana dengan sorongan berulang kerusi. Permaidani jenis ini tidak mudah berbulu atau haus dan pudar dimamah usia.”

 

hinsdale-il-interior-designer-4

Bilik Air

 

Jangan sesekali membeli permaidani atau alas kaki yang tidak berkualiti kerana ini mengundang bahaya seperti kemalangan tergelincir dan lain-lain yang tidak boleh anda bayangkan. Penghuni harus melabur memilih permaidani yang tidak licin, serap air. Material permaidani kapas dilapisi getah bahagian bawah pilihan tepat. Jangan sesekali menggunakan hamparan serba putih kerana permaidani di ruang ini cepat kotor dan berkulat.

Your email address will not be published. Required fields are marked *