Penjagaan Perabot Kulit

GLAM DEKO, Inspirasi

Penjagaan Perabot Kulit

63
rozel

Sofa Kulit Rozel

 

Jika anda antara penggemar perabot berasaskan kulit, teknik penjagaan merupakan antara perkara utama yang perlu anda beri perhatian. Kulit yang dijaga dengan baik akan bertahan lebih lama dan mempunyai wajah yang lebih menarik dan tersendiri.

 

  • Seperti kayu, kulit juga boleh pudar ditelan masa, mengeras, juga merekah apabila diletakkan secara terus kepada pancaran cahaya dan haba kerana ia mengeringkannya. Elakkan meletakkan perabot berasaskan kulit terus ke pancara mentari atau berbelahan alatan elektrik yang mengeluarkan haba panas.

 

  • Gunakan penyedut hampagas atau kain bersih untuk membuang habuk dalam kitaran dua minggu sekali untuk memastikan habuk tidak melekat pada permukaan kulit.

 

  • Untuk membersihkan habuk yang terkumpul, gunakan kain lembut yang telah dilembapkan dan gosokkan secara lembut pada permukaan tersebut. Walaubagaimanapun, sebelum melakukan perkara ini, uji dengan menggosok runag yang tersembunyi dahulu untuk memastikan kulit tidak meresap lembapan. Jika tidak, anda boleh menggunakan kain lembut yang kering.

 

  • Untuk tumpahan, gunakan kain kering dan tekapkan pada tumpahan itu dan biarkan ia kering dengan udara. Ia adalah penting untuk menekap berbanding menggosok permukaan yang terkesan untuk mengelakkan lembapan itu merebak. Ia juga boleh dipraktikkan untuk permukaan fabrik.

 

  • Elakkan dari menggunakan pencuci yang kasar, cecair pencuci, detergen, atau ammonia untuk membersihkan kotoran. Elakkan juga dari merendam kulit yang terkena kotoran di dalam air. Ini kerana ia lebih mendatangkan mudarat berbanding kotoran itu sendiri. Dapatkan khidmat pakar andai kotoran itu sukar ditangani.
  • Perhatikan jika terdapat kesan calar. Kulit yang halus buatannya mudah terjejas, untuk itu jauhkan diri jika anda menggunakan objek tajam. Jika terjadi calar yang halus sapukan dengan tangan pada permukaan tersbut mengikut ira kulit.

 

  • Oleh kerana sifat kulit yang mudah menyerap, pastikan permukaan yang diletakkan di atas perabot kulit anda adalah tidak diwarnakan.

 

  • Gunakan perapi kulit setiap enam hingga 12 bulan sekali untuk memastikan ia kekal cantik dan bersinar.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *