GLAM Deko Kediaman - Simbolisme Industrial - Glam Malaysia

GLAM Deko Kediaman – Simbolisme Industrial

Penulis: Suhana Desa

Teks Digital : Shahril Hadi Halim

 

 
Melangkah masuk ke kediaman ini, keramahan Cara Tan yakni pemilik kediaman ini ramah menyambut kami biarpun ini merupakan kali pertama menemuinya. Ditemani Ar. Md Razin Mahmood, iaitu arkitek yang bertanggungjawab merealisasikan wajah kediaman ini. Dibina di atas tanah yang bercerun, Ar. Razin berjaya memanipulasi bentuk muka bumi ini mengikut kesesuaian gaya hidup dan cita rasa pemilik sekeluarga.

 
Keluasan binaan untuk kediaman banglo dua setengah tingkat ini mencecah 8000 kaki persegi. Tingkat atas kediaman menempatkan kamar beradu buat setiap ahli keluarga Cara. Kamar beradu utama terletak di bahagian hujung foyer dibina bersama aras mezzanine yang dikhususkan untuk ruang membaca dan pejabat buat kegunaan suami Cara.

 
Ternyata pemilik begitu gembira mendiami kediaman ini lantaran menjadi impiannya untuk memiliki kediaman yang dilengkapi ruang laman yang luas dan terbuka. Menurutnya, bukaan laman yang luas ini turut membantu proses tumbesaran anak kerana alam sememangnya membantu membina jati diri si kecil. Tambahan pula dengan pilihan gaya yang diinginkan, Cara bebas berkarya dan bereksperimen dalam menciptakan kediaman bak syurga buatnya sekeluarga.

See also
Trend - Solusi Udara Segar Atasi Masalah Jerebu