Palet Maskulin - Glam Malaysia

Palet Maskulin

TEKS & PENYELARAS : SHAHRIL HADI HALIM
GAMBAR : PATRICK CHAN
VIDEO : JACKIE MAH
ARAHAN SENI : AFIQ KHAIRUDIN

 

 

 

Sebuah kediaman menterjemahkan idea maskulin dalam cantuman beberapa elemen berbeza namun masih kekal selesa dan mendamaikan. Mainan palet damai menjadi taruhan untuk memastikan pemilik selesa dan santai saat meluangkan masa di kediaman. Sentuhan Zhreka Interiors menjadi pilihan pemilik untuk menciptakan syurga buat kediaman yang baru di miliki.

 

Untuk melengkapi kediaman ini, khidmat Zhreka tidak hanya tertakluk kepada hiasan dalaman, malahan mereka turut melengkapi halaman kediaman juga dek bersebelahan kolam renang. lebih menarik lagi untuk projek ini, mereka diberi kepercayaaan untuk menambah lif untuk melengkapi kediaman setinggi tiga tingkat.

 

Gaya berbeza dipilih untuk menata setiap satu kamar beradu lantas memberikan rasa berbeza saat anda berada di sini. Dalam melengkapi projek ini, Zhreka Interiors memilih untuk mereka khusus beberapa barangan yang digunakan untuk menjadikannya lebih eksklusif dan tersendiri. Ambal dan karya seni utama adalah antara yang direka khusus.

See also
Hiasi Dapur Sempena Syawal Ini Bersama Dekton Cosentino