Resipi Rendang Rembau Mali-Mali dari Datuk Chef Ismail

Resipi Rendang Rembau Mali-Mali dari Datuk Chef Ismail

Chef Ismail

Datuk Chef Ismail
“Anda tidak akan menemui hidangan turun-temurun keluarga saya, Rendang Pucuk Mali-Mali di mana jua pelusuk, Negeri Sembilan melainkan hanya di kampung saya, Kampung Chengkau Ulu,”
 
ONE_0337
RENDANG REMBAU MALI-MALI
 
Bahan-bahan
 
1.5 kg ayam dipotong 16 (seeloknya ayam tua, dibelah belakang dan disalai)
1 ½ kg santan
30 helai pucuk daun mali-mali
2 sudu teh serbuk kunyit
3 batang serai diketuk
60 gm cili boh
Garam kasar secukup rasa
 
Bahan Kisar
 
200 gm cili padi kampung
4 -5 sm kunyit hidup
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
 
Cara menyediakan :
 
1. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau atau pecah minyak.
2. Masukkan cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar dan kacau rata.
3. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan serai. Masak sehingga kering.
4. Kemudian, masukkan santan dan masak sehingga pekat. Masukkan pucuk daun mali-mali.
5. Masak lagi sehingga kering dan hidangkan.
 
Tips : Jika santan tidak pecah minyak, tambahkan sedikit minyak masak.
 
 

See also
Trend - Emblem Mewah Shadov, Versace Home