Lexis Suites Penang - Resort Mewah Tepi Pantai - Page 2 of 2 - Glam Malaysia

Lexis Suites Penang – Resort Mewah Tepi Pantai

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

 

 

Tidak sempurna sebuah percutian jika tidak menikmati sajian yang disediakan. Seleksi restoran menawarkan  pelbagai menu dan masakan yang menepati selera untuk memastikan setiap tetamu berpeluang mencuba pelbagai masakan yang ditawarkan oleh Lexis Suites Penang.  Selain ruang penginapan dan restoran, Lexis Suites Penang turut menyediakan pelbagai kemudahan dan ruang mesyuarat yang sesuai, untuk tujuan perniagaan atau meraikan majlis sosial.

 

Lari seketika dari kesibukan rutin, masanya untuk mengulit tubuh buat melepas lelah. Lex Spa menawarkan terapi urutan dan pakej rawatan yang menjanjikan ketenangan dan kesegaran untuk mengembalikan keharmonian tubuh dan minda. Buat si kecil yang tentunya teruja kala bercuti bersama keluarga, Kidz World dan Starz Karaoke lokasi ideal yang menjanjikan persekitaran selamat untuk beriadah.

 

Untuk lebih informasi menarik buat yang merancang percutian dalam negara lawati laman web http://www.lexis.my/Hotel-Resorts/Lexis-Port-Dickson untuk membuat tempahan.