Kediaman - Simfoni Dekorasi - Glam Malaysia

Kediaman – Simfoni Dekorasi

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Teks & Penyelaras : Shahril Hadi Halim
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)
Arahan Seni : Afiq Khairudin

 

Memasuki ruang kediaman, konsep terbuka ternyata menjadi pilihan pemilik kediaman. Oleh kerana masih baru mendiami kediaman ini, pemilik tidak mahu tergesa-gesa menyudahkan dekorasi keseluruhan ruang selain mahu mencuba suai padan susun atur yang benar-benar menepati cita rasa mereka. Tambahan pula anak gadis kepada pasangan ini gemar memelihara kucing parsi sebagai haiwan peliharaan, mereka perlu lebih selektif dalam pemilihan perabot agar yang dipilih bersifat mesra haiwan.

 

Konsep untuk rekaan dalaman kediaman ini adalah bercirikan klasik urban. Konsep ini merupakan konsep pilihan pereka untuk sepanjang tahun 2014 sehingga 2016. Namun, pada setiap projek, Azmie menampilkan kelainan mengikut kesesuaian ruang dan kediaman. Tambahan pula dalam projek ini, ia bagaikan bercantum bersama cita rasa pasangan pemiliknya.  Suami pemilik lebih cenderung kepada gaya urban dan moden manakala isteri terarah kepada hiasan dalam yang berunsurkan moden klasik. Azmie turut mengambil kira elemen seni bina buat projek kediaman ini. Biarpun ini adalah rumah sedia ada yang dibina pemaju, facade yang menjurus kepada seni bina urban dijadikan sebagai latar untuk dekorasi ruang dalaman.

See also
Ini 7 Cara Penjagaan Hijab yang Betul

 

Penggunaan kertas dinding adalah bertujuan untuk menaikkan mood klasik pada ruang-ruang yang dipilih. Kertas dinding yang dipilih bertujuan untuk menciptakan elemen feature wall pada ruang seperti ruang tamu.

 

Ruang dapur asal adalah sedikit sempit, jadi sisi kediaman dibesarkan untuk menambahkan ruang dapur juga ruang makan formal yang diletakkan di antara ruang tamu dan dapur.

 

Ruang tamu diserikan dengan rekaan candelier yang dipilih membawakan konsep lebih moden. Rekaan sleek dan linear dilihat dapat menyeimbangkan ruang yang lebih klasik. Rekaan lampu downlight juga berbeza dengan binaan laluan yang diwarnakan hitam untuk menampakkan efek moden.

 

Artikel arkib GLAM Deko Oktober 2016.

 

 

Slide untuk lihat gambar.