Kediaman – Pesona Feminin Elegan Suraya Yeop Jr.

GLAM DEKO, Kediaman

Kediaman – Pesona Feminin Elegan Suraya Yeop Jr.

444
1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan

Kecintaan dan minat pada seni dekorasi dicurahkan sepenuhnya dalam menata gaya kediaman yang dimiliki. Cerminan persona diri, personaliti, Suraya Yeop Jr. menata rias setiap pojok di mahligai yang didiami bersama keluarga tercinta berpandukan cita rasa, fungsi ruang, pengalaman dan memori indah lewat kembara.

Sebaik pintu masuk kondominium dibuka, mata terus disambut saujana kehijauan landskap dari bukaan pintu lipat (folding door) di ruang tamu utama. Luas dan lapang, menyangkal persepsi standard mengenai kediaman jenis kondominium. Mengangkat konsep terbuka tanpa sebarang pembahagi ruang; ruang makan, ruang tamu dan dapur kering berkongsi ruang lantai yang sama.

 

 

Slide untuk lihat gambar.

Your email address will not be published. Required fields are marked *