Menghias Ruang & Meja Makan Bergaya Elegan Mewah - Glam Malaysia

Menghias Ruang & Meja Makan Bergaya Elegan Mewah

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Konsep & Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Tan Guo Xiang

 

Meraikan tetamu, perkara wajib terutama menjelang musim perayaan atau majlis istimewa. Mempersiapkan ruang dan meja makan dengan segala macam aksesori seperti dulang dan kaki lilin, pinggan mangkuk, kemasan lembut, pilihan warna lebih segar boleh dipertimbangkan. Malah, pada masa inilah penghuni boleh mengeluarkan dan mengguna pakai segala koleksi pinggan mangkuk yang selama ini tersimpan rapi. Mainan material kayu, seramik, kaca, porselin dan tembaga ternyata mampu mencipta ambien ruang lebih berkarakter dengan aneka ragam reka bentuk. Lihat idea segar cetusan idea dari GLAM Deko.

 

Dari kiri; Kaki lilin kayu dan metal daripada Laurea Home Furnishing. Pasu kaca bersepuh emas dalam variasi saiz untuk gubahan bunga daripada LSA International, Janine. Bekas kaca, RiMaison untuk buat menghidang snek seperti kuih raya atau kekacang di meja kopi. Dulang kek bertingkat tiga tembaga juga daripda RiMaison. Mangkuk berkaki koleksi Pleat, LSA International. Pasu seramik bersekali penutup daripada RiMaison. Dulang bulat bersadur keemasan daripada Tribeca Artisan.