Ilham Raya - Perabot Antik Vintaj Kekal Malar Segar - Glam Malaysia

Ilham Raya – Perabot Antik Vintaj Kekal Malar Segar

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Konsep & Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Tan Guo Xiang

 

Ramai yang masih keliru mengenai perabot antik dan vintaj. Perabot dan aksesori berusia mencecah 100 tahun layak ditakrif sebagai antik. Namun, jika tidak lebih berusia dari barangan antik dan wujud kurang dari 20 tahun digelar vintaj. Manakala istilah vintaj asli diberikan kepada item berusia mencecah 50 tahun.

 

GLAM Deko kongsikan keindahan perabot daripada Beautiful Pottery Chateau, Publika, Solaris Dutamas, butik perabot lokal membawakan pelbagai jenis barangan antik dan vintaj dari Eropah termasuk aksesori perhiasan dulang kek, pinggan mangkuk, kaki lilin dan kemasan lembut; sarung kusyen dan hamparan permaidani buatan tangan.

 

 

Kerusi Victorian dibaluti fabrik baldu lembut dibahagian alas duduk buat menghiasi ruang kerja. Meja kopi Victorian Drop Leaf memperlihatkan dasar meja dilapisi kemasan kulit hijau lumut dan sayap dibahagian tepi kiri kanan boleh dilipat mengikut kesesuaian dan kegunaan ruang. Kerusi lounge antik berangka kayu hitam yang diperkemaskan semula dengan fabrik William Morris. Meja tepi batu marmar berlaci berfungsi sebagai ruang penyimpanan bergaya. Gantungan tapestri floral dijahit tangan sepenuhnya.

 

See also
Palet-Trivia Warna Flamingo Pink