GLAM Deko Trend - Kelengkapan Dapur Berkemasan Pusam - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

GLAM Deko Trend – Kelengkapan Dapur Berkemasan Pusam

Ketuhar kukus antara yang diperkenalkan dalam rangkaian Matte Black oleh Hafele

 

Gaya kemasan buat kelengkapan di kediaman sentiasa di kemas kini untuk mencipta ruang kediaman yang stylish dan up to date. Untuk itu, perincian yang mengikut peredaran masa sentiasa disediakan oleh jenama-jenama yang terdapat dipasaran bagi memastikan mereka kekal relevan dalam memenuhi kehendak pasaran. Namun begitu, ia tidaklah sehingga mengabaikan fungsinya menjadi ruang yang paling praktikal kerana banyak pergerakkan yang perlu disempurnakan di sini.

 

Jenama berasal Jerman, Hafele, membawakan seleksi Iconic Matte Black yang menyerlahkan rasa mewah dan elegan pemiliknya. Setiap fungsi buat kelengkapan di bawah rangkaian ini telah direka untuk memudahkan proses menyiapkan sesuatu hidangan. Rangkaian ini menampilkan empat kelengkapan utama dapur yakni ketuhar kukus, ketuhar gelombang mikro, hud menegak dan hub induksi. Menurut Pengarah Am Hafele Malaysia, Singapura dan Vietnam, Dominik Fruth,

 

"Ia merupakan rangkaian eksklusif buat alatan dapur built in yang mengangkat trend dekorasi untuk tahun 2017/2018. Rangkaian ini memaparkan banyak perhiasan  berasaskan warna gelap. Kekuatan pada rekaan yang kami tampilkan ditambah dengan elemen sofistikated chic sesuai untuk yang mahukan dapur bergaya moden. Setiap kelengkapan membawa dna Jerman yang menyerlahkan inovasi dan teknologi yang diperbaharui juga rekaan idaman yang menggabungkan estetik seni tetapi terlihat begitu bersahaja"

 

Untuk melihat sendiri idea rekaan terhebat ini, anda boleh mengunjungi ruang pamer Hafele Design Centre Kuala Lumpur, terletak di No. 42, Jalan SS21/1, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kerja lebih mudah di dapur dengan hub induksi ini.