GLAM Deko Ruang - Trend Rekaan Dapur - Glam Malaysia

GLAM Deko Ruang – Trend Rekaan Dapur

Konsep rekaan dan binaan kabinet dapur yang baik tidak pernah mengabaikan nilai fungsinya. Pilih gaya yang menepati cita rasa, bajet dan keluasan sedia ada agar aktiviti harian lebih lancar, seiring gaya hidup anda. GLAM Deko membariskan trend rekaan dapur dan pemilihan aksesori untuk penataan lebih sempurna.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

GAYA INDUSTRIAL

Berpegang kepada bentuk, fungsi dan nilai estetika. Reka bentuk industrial adalah gaya yang diangkat sepanjang tahun dan bakal kekal menjadi pilihan untuk penataan ruang dapur. Bermain tekstur tanpa penyudah, permukaan kemasan yang seolah-olah tidak siap, reka bentuk minimalis dan arah aliran yang diilhamkan daripada ruang kilang. Ini adalah inspirasi yang menggabungkan keindahan bahan-bahan seperti kayu, batu dan konkrit gabungan bersama kemasan inovatif.