GLAM Deko PROMOSI – KL Journal

GLAM DEKO, Santai

GLAM Deko PROMOSI – KL Journal

202

MENANG! PAKEJ PENGINAPAN JOURNAL SUITES 2 Hari 1 Malam di KL JOURNAL BERNILAI LEBIH RM6,000!

 

 

Dengan konsep “where nostalgia meets urban chic”, The KL Journal merupakan hotel yang ideal buat pelancong moden yang ingin menikmati keseronokkan di ibu kota yang menghargai penginapan selesa. Salah satu tarikan utama The KL  Journal adalah konsep hiasan dalaman berkonsepkan urban chic  dengan sentuhan tempatan untuk bilik-bilik penginapan dan kemudahan di hotel ini. Tambahan pula, lokasi strategik di kawasan Bukit Bintang memberi kesenangan kepada pelancong untuk meneroka lokasi menarik di Kuala Lumpur seperti Petronas Twin Towers KLCC, Jalan Alor, Changkat, Pavilion dan banyak lagi.

 

The KL Journal juga menyediakan pelbagai jenis bilik penginapan yang dilengkapi dengan TV skrin rata, WiFi berkelajuan tinggi dan keperluan lain. Malah, hotel ini juga menempatkan ruang kerja dan studio yang unik untuk mengadakan mesyuarat ataupun majlis eksklusif di aras “Workers Union”. The KL Journal turut menawarkan pengalaman yang unik di The Bounty dan The Shack dengan hidangan menu tradisional dan antarabangsa. Menambahkan lagi sentuhan moden oleh The KL Journal adalah kolam renang infiniti yang terletak di bahagian atas bumbung hotel dengan pemandangan ibu kota yang mengagumkan. Keseluruhannya, The KL Journal merupakan hotel butik yang mampu memenuhi keperluan pelancong-pelancong moden.

 

SOALAN : Apakah nama aras yang mempunyai ruang-ruang kerja dan studio di hotel ini?

 

Emelkan jawapan anda berserta butiran (Nama/ IC/ Alamat/ No. Tel) kepada : [email protected]

 

Tarikh tutup : 31 Ogos 2016

 

Lawati www.glam.com.my untuk mengetahui jika anda adalah pemenang bertuah bulan ini. Nama pemenang akan dikeluarkan seminggu SELEPAS tarikh tutup promosi.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *