GLAM Deko Diari - Pilihan Manisan Ramadan - Glam Malaysia

GLAM Deko Diari – Pilihan Manisan Ramadan

Rangkaian Coklat Praline oleh Armani/Dolci untuk Ramadan ini.

 

Ramadan membuka ruang pada banyak jenama untuk menghasilkan koleksi khas untuk memenuhi kehendak pasaran dan tuntutan pelanggan. Baik dari jenama tempatan mahupun antarabangsa, edisi khas ini direka khusus untuk mereka gunakan pada musim Ramadan mahupun sebagai persediaan Lebaran yang bakal menjelang.

 

Terbaru, Armani/Dolci yang merupakan ‘keluarga’ buat jenama Giorgio Armani memperkenalkan seleksi manisan berasaskan coklat yang direka khas buat peminat manisan. Lumrahnya saat berbuka sememangnya kita mahukan sesuatu sebagai pemanis mulut. Tidak hanya enak untuk dinikmati sendiri, set coklat praline ini turut praktikal dijadikan buah tangan untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.

 

Direka khas dengan menggabungkan cita rasa rempah ratus yang terkenal di bumi timur tengah, kamu tidak perlu khuatir kerana campuran khas untuk edisi ini tidak mengandungi alkohol. Hadir dalam set 16 dan 36 butir praline dalam kotak yang bergaya ia dibaluti beg sarung satin yang menyerlahkan lagi gaya mewahnya. Berkunjunglah ke ruang pamer Armani/Casa yang terletak di Starhill untuk membuat pilihanmu.  Layari www.armanidolci.com jika kamu tidak berkesempatan hadir ke ruang pamernya. Pilihan ini turut menemui pengemar coklat di butik antarabangsa di bandar Kuwait, rangkaian Hotel Armani, Dubai dan Milan juga di Menara Armani/Ginza, Tokyo.

See also
GLAM Deko Acara - Wajah Seni Asia

 

Set yang menampilkan 16 butir coklat praline pelbagai perisa.