GLAM Deko - Bersama Pengarah Urusan, Feruni Ceramiche - Glam Malaysia

GLAM Deko – Bersama Pengarah Urusan, Feruni Ceramiche

Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

 

  1. Boleh kongsikan hala tuju Feruni Ceramiche?

 

Terlibat selama 25 tahun dalam perniagaan jubin tempatan, saya mendapati industri reka bentuk jubin mula kelihatan mendatar dan membosankan. Lantas pada 2010, Feruni Ceramiche membawakan transformasi lebih segar, berwibawa dan global dengan tumpuan rekaan jubin di luar kotak konvensional untuk menarik perhatian generasi XY.

 

2. Bagaimana memilih jubin sempurna untuk setiap kegunaan ruang di kediaman?

 

Porselin adalah pilihan popular berbanding batu semulajadi untuk kegunaan dapur dan bilik air kerana mudah diselenggara selain tahan lasak. Ruang pamer Feruni Ceramiche menyediakan lapangan visual untuk menyuai padan rekaan jubin mengikut keperluan aktiviti penghuni di setiap ruang rumah. Mengiringi empat koleksi; batu asli, kayu asli, simen dan warna, pengguna boleh memilih lebih 15 jenis tekstur permukaan jubin samaada polished, matt, mahupun brushed. Manakala, produk identiti Feruni, iShapes memberikan reka bentuk jubin luar biasa tapi kekal simetri seperti heksagon, bulat, dan jigsaw.

See also
Takhta Selena Gomez Sebagai Selebriti Paling Berpengaruh Dirampas

 

3. Bilakah waktu sesuai bagi pemasangan jubin ketika proses ubah suai kediaman berlangsung?

 

Feruni Ceramiche menyediakan buku rujukan i Care Guide untuk pelanggan mengetahui langkap lengkap pemasangan jubin bermula dengan perkara yang perlu dilakukan sebelum pemasangan jubin, sistem pemasangan jubin diikuti perkara yang perlu dilakukan selepas pemasangan jubin sehinggalah cara penjagaan jubin.

 

4. Apakah kesalahan biasa yang sering dilakukan pemilik kediaman ketika memilih jubin?

 

Jubin adalah pelaburan jangka panjang. Anda tidak menukar jubin seperti perabot. Jika tersalah pilih, anda harus menahan ‘sakit mata.’ Pilih jubin bersesuaian ruang penggunaan. Kebanyakkan pengguna tidak memahami jenis jubin yang sesuai untuk setiap ruang. Jika masih ragu, Feruni menyediakan khidmat nasihat untuk membantu. Feruni Ceramiche mendidik pengguna dengan menerbitkan katalog dan risalah; i Care Guide dan Care List sebagai rujukan bukan hanya untuk pengguna domestik malah kontraktor, dan pereka.

 

5. Apakah faktor yang menjadikan Feruni lain daripada jenama lain?

 

Setiap individu adalah unik. Feruni menyediakan ajnas jenis dan rekaan jubin yang boleh anda suai padan tanpa batasan. Kami merealisasikan impian pengguna menerusi i-Create;  lukisan 3D yang membolehkan pengguna melihat reka bentuk jubin pilihan sebelum membuat pembelian. Pengguna boleh mengumpul seberapa banyak inspirasi di Feruni, kerana kami membawakan trend dan reka bentuk jubin terkini.

See also
Singkap Trend Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2021