Galeri Seni Terpanjang di Dunia : Stesen Metro Stockholm

GLAM DEKO, Santai

Galeri Seni Terpanjang di Dunia : Stesen Metro Stockholm

69

 

 

 

 

 

Stesen metro paling berpengaruh di Sweden, Stockholm mula beroperasi pada tahun 1950. Sebanyak 100 stesen metro, sepanjang 110 kilometer perjalanan telah dipenuhi warna-warni lakaran lukisan seni daripada 150 artisan separuh abad terakhir ini. Kembara seni yang tercipta ini disudahkan dalam masa tujuh tahun. Pengguna stesen berpeluang menyaksikan hasil seni berbentuk kanvas, mozaik, lukisan, ukiran dan pameran menghiasi setiap panel dinding dan siling metro.

 

Kembara seni ini turut membawa pengguna kembali ke masa silam melihat peninggalan sebahagian seni bina istana Stockholm Makalös yang kini menjadi stesen Kungsträdgården. Dinding stesen memaparkan lukisan oleh artis Sweden, Ulrik Samuelson. Di tengah-tengah stesen keretapi bawah tanah, stesen T- Centralen, garisan biru menampilkan hasil seni artis Finland, Per Olof Ultvedt. Siling dicop lukisan biru dan putih berbentuk daun di sepanjang permukaan berbatu.

 

Walaubagaimanapun, stesen metro Stockholm tidak menganggapnya satu lapangan seni positif kepada pengguna. Malah menjelaskannya di dalam laman web rasmi mereka, “Kerja seni ini menjadikan stesen lebih cantik, lebih selamat dan membantu menjadikan perjalanan metro kepada sesuatu yang lebih hanya sekadar pengangkutan antara dua destinasi.”

 

Apabila berada di Sweden, pastikan anda tidak terlepas menaiki keretaapi metro merentasi stesen-stesen berikut:

 

– Kungsträdgården (Blue line)

– T-centralen (Blue line)

– Rådhuset (Blue line)

– Solna Centrum (Blue line)

– Tensta (Blue line)

– Hötorget (Green line)

– Thorildsplan (Green line)

– Bagarmossen (Green line)

– Tekniska Högskolan (Red line)

– Stadion (Red line)

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *