Freddie Prinze Jr. Tulis Buku Masakan - Glam Malaysia

Freddie Prinze Jr. Tulis Buku Masakan

073560_BttK

 

Siapa sangka, hero filem Hollywood yang popular era 90-an, Freddie Prinze Jr. mempunyai minat mendalam terhadap dunia kulinari. Pernah memasuki sekolah kulinari sebelum ditawarkan berlakon filem, pengajian Freddie terhenti separuh jalan.

 

Kini, dia kembali ke dapur menerusi buku masakannya, Back to the Kitchen, Freddie berkongsi 75 resipi masakan asal usulnya, Puerto Rico.

 

freddie-prinze-600x800

 

“Memasak adalah aktiviti saya dan ibu sentiasa lakukan bersama-sama. Saya tidak tahu bermain sukan. Ibu saya menyarankan agar saya menghabiskan masa di dapur, untuk mendapatkan otak cerdas, badan sihat,” cerita Freddie mengenai inspirasi buku ini.

 

Back to the Kitchen juga menyelitkan kisah perjalanan hidup Freddie di New Mexico. Malah, anda juga dapat merasai kehebatan air tangan pelakon ini dalam menyediakan ajnas masakan enak untuk isteri, Sarah Michelle Gellar dan dua anaknya.

 

rs_1024x838-150408110255-CCFK7WOUgAENzOY_jpg-large

 

Buku ini dilancarkan 7 Jun lalu.

 

Gambar daripada Google