Fokus - Kenali Aisha, Pengasas Recro Furniture - Glam Malaysia

Fokus – Kenali Aisha, Pengasas Recro Furniture

Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Video : Dennis Kho
Perabot : Recro Furniture 

 

Februari ini kami mengumpulkan empat pakar reka bentuk industri berbeza latar dan pengalaman untuk berkongsi tip mengenai interior, seni bina dan reka bentuk perabot. Aisha, berlatar belakang dalam bidang Undang-Undang terjun ke bidang reka bentuk perabot vintaj secara tidak sengaja. Aisha mendedahkan cara untuk mengenal pasti barangan dan perabot antik atau vintaj yang asli dan cara menjaganya dengan betul.

 

Recro Furniture berlokasi di No. 53, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr. Ismail.