Central Park Tower Menara Residensi Tertinggi Dunia

Galeri DEKO, GLAM DEKO

Central Park Tower Menara Residensi Tertinggi Dunia

193

Pelan rancangan bangunan kediaman tertinggi di dunia telah diumumkan dengan ketinggian 1, 550 kaki. Pencakar langit terbaru, Central Park Tower akan dibina di “Billionaire’s Row” yakni West 57th Street, New York.

 

Firma seni bina, Adrian Smith + Gordon Gill bakal menggalas tugas mereka struktur menara residensi berprestij ini. Dasar menara akan terbina ruang pamer Nordstorm setinggi tujuh tingkat. Bermula pada aras 32 hingga 179, unit kediaman dua hingga lapan bilik tidur berkeluasan 1, 435 hingga 17, 500 kaki persegi – yang direka oleh Studio Rottet.

 

Dibina dengan 300 kaki dari atas paras jalan raya, cantilever menara pusat di timur, memberikan pemandangan taman untuk semua unit kediaman yang menghadap aras utara. Reka pelan lantai ruang tamu dan bersantai akan dibina dibahagian sudut-sudut bagi memaksimumkan pemandangan.

 

Menara ini juga akan memiliki kemudahan kelab; Central Park Club seluas 50, 000 kaki persegi merangkumi 3 aras bangunan. Terletak di tingkat 14, kemudahan lounge, bilik-bilik fungsi, teres luaran dengan kolam renang sedalam 63 kaki, bar, perkhidamatan makanan dan minuman, pusat kesihatan antara yang disediakan.

 

Kata Gorodn Gill dari firma Adrian Smith + Gordon Gill Architecture, “Menara taman utama dirancang mengambil sinergi kota besar New York dalam masa sama mencipta alamat yang eksklusif berpadanan lokasinyadi billionaires row dan Centrak Park.”

 

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Central Park Tower adalah menara residensi yang tertinggi di dunia apabila siap dibina.

Your email address will not be published. Required fields are marked *