Bengkel Gubahan Bunga GLAM Deko bersama Comyns - Glam Malaysia

Bengkel Gubahan Bunga GLAM Deko bersama Comyns

Petang Rabu, 10 Jun lalu, ruang pamer jenama barangan perak, Comyns, Pavilion dipenuhi pembaca setia GLAM Deko yang hadir untuk acara gubahan bunga anjuran bersama GLAM Deko. Dikelilingi kehalusan seni ukiran dan reka bentuk barangan dan aksesori perak Comyns, kesemua tetamu nyata terkesima menatap satu per satu hasil seni perak jenama berusia 300 tahun ini.

 

Majlis dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai asal-usul dan kepakaran perak Comyns sebelum diteruskan dengan sesi gubahan bunga yang tentunya dinantikan tetamu.

 

IMG_0753

Pengurus Komunikasi Comyns, Nigel Gan memberi kata-kata aluan.

 

Sesi kali ini menggunakan tiga jenis bunga segar; eustoma, carnation dan baby breath dalam rona – rona romantis untuk kendalian peserta. Setiap peserta diberikan satu pasu kaca berbentuk empat segi atau bulat untuk gubahan bunga. Peserta diajar secara berperingkat diikuti tip dan petua berguna ketika mengendalikan bunga segar berpandukan gubahan sedia ada menggunakan pasu perak Comyns.

 

 

See also
Fokus - Cita Rasa Persona Peribadi

 

IMG_0808

Reaksi peserta yang tekun mendengar tip dan petua menggubah bunga dari team GLAM Deko.

 

IMG_0820

Pemilik kafe kopi Whisk, Emma Khalid bersama ibu antara yang hadir.

 

Mewah dalam apungan haruman lilin Dyptique; tidar sedar, para peserta berjaya menyiapkan gubahan bunga masing-masing dalam masa dua jam. Acara disudahi dengan makan-makan ringan sambil terus berborak mengenai selok-belok, trend dan hala tuju semasa industri reka bentuk tempatan.  Malah, ada juga  yang sempat  menuju ke pojok haruman Dyptique untuk mendapatkan terapi tangan sambil melihat – lihat produk haruman jenama Paris ini.

 

IMG_0888

Tiga gubahan terbaik hasil kerja peserta petang itu.

 

IMG_0899

Bersama peserta yang hadir.

IMG_0738

Cenderamata dari Comyns yang dibawa pulang para peserta

 

Bagi yang berminat untuk menyertai acara dan aktiviti terkini GLAM Deko boleh ikuti kami di laman facebook GLAM Deko atau instagram @glamdekomy.

 

Gambar : Daniel Lai