GLAM Deko Ilham - 4 Gaya Sentuhan Peribadi - Glam Malaysia

GLAM Deko Ilham – 4 Gaya Sentuhan Peribadi

Gaya Peribadi untuk Ruang Berbeza

Teks Digital : Shahril Hadi Halim 

 

Team GLAM Deko berkongsi sentuhan dan cita rasa peribadi dalam memberi inspirasi dekorasi kepada para pembaca. Nikmati perkongsian ini bersama beberapa panduan dan tip ringkas untuk digayakan di ruang kediaman.

 

Ruang Bacaan

 

Editor GLAM Deko, Suhana Desa memilih untuk menggayakan sudut bacaan yang menjadi ruang kegemarannya saat bersantai. Gabungan gaya antara industrial dan suai padan dengan perincian metalik emas menjadi fokal untuk menyerlahkan idea mewah buat ruang yang ringkas namun praktikal.

“Ekspresikan keindahan ruang dengan menyuntik elemen fungsi yang lebih santai. Padanan aksesori senada melengkapi gaya untuk ruang tampil elegan dan menarik.”

[envira-gallery id=”61060″]

Ruang Santai

 

 

Pengaruh gaya skandinavia menjadi pilihan Pengarah Seni, Afiq Khairudin dalam menterjemahkan ruang santai mengikut gaya pilihannya. Gabungan elemen moden dan rustik boleh dilihat namun masih mengekalkan rasa minimalis pada ruang. Pilihan corak melalui penggunaan bangku adalah untuk melengkapi rasa mewah yang ingin disuntik.

See also
Nur Fazura, The Luckiest Girl In Love

 

[envira-gallery id=”61062″]

Ruang Persalinan

 

 

Percaya pada hari yang sempurna bermula dengan ruang persalinan yang indah, cetusan rasa ala parisian yang digabungkan seleksi vintaj menjadi pilihan Penulis Kanan; Shahril Hadi Halim. Kontras antara perabot moden dan klasik menciptakan ruang yang tersendiri selain nampak elegan dan sofistikated. Andai anda mempunyai minat pada sesuatu barangan fesyen dan kecantikkan, gunakanlah ia sebagai salah satu elemen dalam dekorasi ruang ini. Buku, beg, haruman dan pelbagai barang lain boleh mencipta mood tersendiri pada ruang pilihan.

“Mood hari anda semestinya ditentukan apabila anda meluangkan masa mempersiapkan diri di ruang persalinan. Pilihan warna yang menenangkan selain dari perabot yang selesa penting untuk memastikan hari anda berjalan lancar. Hari anda juga akan berakhir di sini sebelum melangkah masuk ke kamar beradu, dengan aturan yang sistematik semestinya anda akan selesa untuk berehat selepas ini.”

[envira-gallery id=”61063″]

Kamar Beradu

 

 

Oleh kerana gaya hidup yang sering sibuk, Nadia Zolkifli, penulis GLAM Deko  memilih untuk mencipta kamar beradu dalam gaya minimalis. Pilihan kemasan lembut yang feminin diseimbangkan dengan prabot yang tidak terlalu sarat. Aksesori kecil namun mempunyai impak tersendiri seperti meja sisi dan bingkai gambar mewah untuk melengkapkan keseluruhan wajah ruang.

See also
GLAM Deko April 2020 - Edisi 63

 

[envira-gallery id=”61064″]