10 Seni Bina & Destinasi Romantis Dunia

10 Seni Bina & Destinasi Romantis Dunia

Lihat dan amati 10 seni bina dan destinasi romantik seluruh dunia yang setiap satu sarat titipan sejarah, budaya, susur galur kehidupan dan ketamadunan masyarakat setempat untuk dihayati bersama tercinta.

 

Empire_State_Building_from_the_Top_of_the_Rock

1. Empire State, New York

Mencatat sejarah pada 1931 sebagai bangunan pencakar langit tertinggi dunia dengan 102 tingkat, Empire State setinggi 1454 kaki,  mengalahkan bangunan Chrysler dengan 400 kaki lebih tinggi. Pernah menjadi lokasi filem cinta “Sleepless in Seattle,” Empire State telah menerima 110 juta pengunjung sejak hari pertama dibuka.

 

rockefeller_centre02

2. Rockefeller Center, New York

Berlokasi di midtown, Manhattan, Rockefeller Center adalah rumah untuk setiap acara terbesar termasuklah acara tahunan gemilang, Hiasan Cahaya Pokok Krismas (30, 000 lampu menyala 18 jam sehari digantung pada pokok Spruce Norway setinggi 75 kaki) yang disiarkan secara langsung di televisyen seluruh dunia. Dibina pada 1939, Rockefeller Center adalah cetusan visi peniaga dan dermawan terkenal, John D.Rockefeller.

 

1315777965_Alhambra

3. Istana AlHambra, Sepanyol

See also
Kediaman - Banglo Post-Colonial Gaya Inggeris

“Qal’at al-Hambra,” membawa makna istana merah atau lembayung, Istana AlHambra dibina di bukit al-Sabika sempadan tenggara bandar Granada. Dikelilingi bukit al-Sabika, warna menara dan dinding istana akan bertukar keemasan setiap kali disimbah cahaya hangat mentari dan perak berkilauan apabila terkena kerdipan cahaya rembulan.

 

Castle_Neuschwanstein1

4. Istana Schloss Neuschwanstein, Jerman

Tujuh minggu selepas kemangkatan, Raja Ludwig II, 1886, Neuschwanstein mula dibuka kepada orang ramai. Berlokasi di Alps Bavaria, Schloss Neuschwanstein menjelmakan romantisme abad ke-19. Fasad keseluruhan Schloss Neuschwanstein dilindungi papak batu kapur yang ditemui di Alterschrofen berhampiran Swan Lake (Schwansee).

 

57798583

5. Masjid Imam, Esfahan, Iran

Berada di pusat bandar Esfahan, masjid dilindungi sepenuhnya oleh kemilau jubin dalam tujuh tona biru berlainan berpadanan seramik kuning yang merupakan perlambangan Esfahan. Kubah dibina berstruktur dua lapisan, dengan kubah utama dibina setinggi 54 meter. Struktur penutup dalaman kubah pula dibina 12 meter tinggi bertujuan memisahkan binaan kubah luar.

 

Taj_Mahal_in_March_2004

6. Taj Mahal, India

Sebanyak 20, 000 pekerja dikerah dengan kos pembinaan 32 rupee crore dibelanjakan untuk pembinaan monumen yang bercirikan senibina Islam, Parsi dan India ini. Salah satu antara tujuh tapak warisan dunia UNESCO, Taj Mahal direka oleh arkitek, Ustad Ahmad Lahauri. 28 jenis batu separa berharga dan berharga dipilih menghiasi Taj Mahal.

See also
GLAM Deko Kediaman - Resort Tropika

 

7. Giza, Mesir

Berada di luar kawasan Kaherah, ibu kota Mesir, Giza adalah tapak piramid lagenda, bukti kukuh perkembangan tamadun di tebing Sungai Nil. Piramid di Giza meliputi tiga binaan piramid, Piramid Agung Khufu (Cheops) tertua dan terbesar dibina oleh Khufu Firaun sekitar 2560 masihi.

 

dataran merdeka

 

8. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

 

Berhampiran Sungai Gombak, Masjid Jamek, Pasar Seni dan China Town, Dataran Merdeka adalah teras sejarah Kuala Lumpur. Bangunan Sultan Abdul Samad, Kelab Royal Selangor dan Muzium Sejarah Negara dibina di sekitar perkarangan dataran. Tiang bendera tertinggi di dunia (100 meter) dibina hujung arah selatan menjadi saksi kegemilangan bendera Malaysia dinaikkan pada 31 Ogos 1957 sekaligus menandakan kemerdekaan Malaysia daripada genggaman British.

 

Four-Seasons-Bora-Bora-Overwater-Aerial

9. Four Seasons Resorts Bora-Bora, French Polynesia

Berkonsepkan ‘perkampungan air’ serba mewah nan eksklusif, syurga tropika ini dibina di atas pulau peribadi, Motu seluas 220,000 meter persegi merentasi Gunung Otemanu dan Gunung Pahia. Arkitek, Didier Lefort dan Pierre-Jean Picart menyahut cabaran mencipta “Pulau Terbaik Di Dunia 2012” seperti yang diulas oleh US News.

See also
COS Archive Edition : Inspirasi Bauhaus

 

museu-oscar-niemeyer

10. Museu Oscar Niemeyer, Brazil

Arkitek Brazil, Oscar Niemeyer menguji pandangan estetika ramai menerusi penerokaan struktur dan dimensinya di muzium seni, Museu Oscar. Berunsurkan situasi love-it or hate-it, galeri utama berbentuk reflektif kaca mata, dibina ‘bertenggek’ di atas binaan 60 kaki tiang rona kuning mengimbangi tanjakan melengkung di atas kolam air.