Takhta Selena Gomez Sebagai Selebriti Paling Berpengaruh Dirampas

GLAM Life

Takhta Selena Gomez Sebagai Selebriti Paling Berpengaruh Dirampas

280

Penyanyi dan pelakon Selena Gomez masih lagi memegang tempat pertama untuk selebriti dengan bilangan pengikut paling banyak di Instagram tetapi dia bukanlah yang paling berpengaruh di laman medial sosial.

 

Menurut D’Marie Analytics, selebriti paling berpengaruh di ketiga-tiga laman medial sosial (Instagram, Twitter, dan Facebook) adalah Beyoncé.

Satu pos oleh Beyoncé di mana-mana landasan media sosialnya bernilai sebanyak $1 juta dan Queen Bey merupakan satu-satunya penyanyi dan influencer yang berjaya mencecah garisan itu. Selena Gomez pula mempunyai nilai sebanyak $775,000 untuk satu pos.

 

A post shared by Beyoncé (@beyonce) on

Syarikat D’Marie mengukur nilai pos seseorang dengan algoritma yang menggunakan metrik 56+ melalui Facebook, Twitter, dan Instagram. Metrik ini termasuk bilangan pengikut, capaian pos, aktiviti pos, dan kadar click-through setiap pos.

 

Pos Beyoncé yang mengumumkan penghamilan penyanyi tersebut menunjukkan kenaikan yang paling banyak sehingga mengalahkan Selena Gomez untuk pos paling banyak ‘like.

 

A post shared by Beyoncé (@beyonce) on

Your email address will not be published. Required fields are marked *