Staycation Tengah Kota Mengasyikkan

GLAM Life

Staycation Tengah Kota Mengasyikkan

121
1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menempuh kesesakan trafik segi tiga emas Kuala Lumpur begitu menyesakkan. Sementelah panas terik matahari memanah cermin kenderaan, pendingin hawa tidak lagi membantu. Hati anda mula membayangkan suasana paling nyaman bersendirian di kamar persendirian tanpa gangguan sesiapa.

 

Tanpa sedar, anda mula melangkah memasuki ruang legar Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Hati mula berbunga bahagia usai menepah sebuah kamar paling istimewa. Apakah lagi yang tersedia di sini untuk menghilangkan tekanan pekerjaan? Bagaimana pula kalau anda berkunjung bersama teman atau keluarga?

Menyelak tirai kamar, panorama indah kota raya kelihatan indah sekali. Keselesaan menjadi keutamaan di Berjaya Times Square Hotel. Kamar beradu kontemporari lengkap dengan perabut dan ruang kerja memudahkan urusan.

 

Kemudian bersantai pula di Club Lounge level 14 yang rekaannya unik. Bukan sahaja minum petang tetapi makan pagi juga disediakan di ruangan ini. Sepanjang hari menikmati kopi di sini juga tidak mengapa sambil menguruskan kerja-kerja belum selesai.

Your email address will not be published. Required fields are marked *