Senarai Jutawan Terkaya Di Dunia 2015

Senarai Jutawan Terkaya Di Dunia 2015

Senarai jutawan tahunan Forbes kembali dengan sejumlah 1,826 orang jutawan serata dunia direkodkan kali ini. Sebanyak 290 nama baru disenaraikan di mana 71 orang diantara mereka adalah dari negara China. Tahun ini juga menyaksikan jutawan muda mula bangkit menempa nama, dengan 46 orang yang tersenarai adalah lingkungan umur di bawah 40-an. Bidang keusahawanan pula dilihat mendominasi senarai ini. Kenali nama yang tersenarai di lima tangga teratas.
 
1.Bill Gates
 

Bill GatesGambar: Forbes

 
Terus mendominasi posisi pertama, ianya merupakan kali ke-16 dia berada di tangga yang sama sepanjang 21 tahun yang lalu. Hartanya meningkat US$3.2 bilion dari tahun lalu ke US$79.2 bilion.
 
2. Carlos Slim Helu
 

Carlos Slim HeluGambar: Forbes

 

Jutawan komunikasi dari Mexico ini memiliki harta sebanyak US$75.3 bilion. Selain itu dia turut mempunyai syarikat hartanah dan awal tahun ini menjadi pemegang saham terbesar The New York Times.

 
3. Warren Buffet
 

See also
Dekati Gimnas Negara, Farah Ann Abdul Hadi

Warren BuffetGambar: Forbes

 
Pelabur dari Amerika Syarikat ini naik satu tangga dari tahun lalu dengan kekayaan sebanyak US$71.5 bilion. Menurut jutawan ini, pelaburan terbaik yang pernah dilakukannya adalah membeli buku “The Intelligent Investor” nukilan Benjamin Graham pada tahun 1949. Dia kemudiannya belajar di bawah pimpinan Graham sebelum berpindah ke Nebraska dan membeli syarikat tekstil Berkshire Hathaway yang sedang bergelut pada tahun 1962. Sehingga Februari 2015, Berkshire Hathaway merupakan syarikat awam keempat terbesar di Amerika Syarikat dengan permodalan pasaran sebanyak US$355 bilion.
 
4. Amancio Ortega
 

Amancio OrtegaGambar: Forbes

 
Dibesarkan sebagai anak kepada pekerja kereta api, Amancio Ortega kini merupakan pengasas kepada Inditex group atau lebih dikenali sebagai ibu syarikat jenama Zara. Sebanyak US$66.4 bilion harta direkodkan oleh jutawan dari Sepanyol ini.
 
5. Larry Ellison
 

Larry Ellison Gambar: Forbes

 
Pengasas firma perisian pangkalan data Oracle ini memiliki kekayaan sebanyak US$53.5 bilion. Ellison turut memiliki hartanah di kepulauan Lanai, Hawaii yang dibeli pada tahun 2012. Laporan mengatakan hartanah itu dibeli dengan harga US$300 juta dan setiap hotel yang terdapat di pulau itu adalah miliknya.
 
 

See also
Code Coco Chanel Nafas Kontemporari Buat Jam Tangan