Selebriti Asia Menembusi Pasaran Antarabangsa

GLAM Life

Selebriti Asia Menembusi Pasaran Antarabangsa

286

Negara serumpun Malaysia dan Indonesia telah melahirkan bakat-bakat besar yang membanggakan. Silih berganti saat filem Crazy Rich Asians ditayangkan, billboard Mile 22 mula naik dipinggir jalan. Kini nama Henry Golding dari Malaysia dan Iko Uwais dari Indonesia mula dikenali dunia.

 

Siapa tidak mengimpikan mahu melebarkan sayap sehingga peringkat Antarabangsa. Setiap ahli seni pasti mahu menggapai bintang namun sayangnya hanya terkandas separuh jalan.

 

Hollywood ternyata mengungguli dunia dalam industri hiburan dan anda yang berjaya menempa nama di situ bakal mengubah hidup lebih terjamin. Industri perfileman atau hiburan yang sentiasa berkembang maju membuka ruang kerjaya yang unggul terutama bagi anda artis daripada Asia Tenggara.

 

Michelle Yeoh satu-satunya pelakon berasal daripada Perak, Malaysia yang dibanggakan. Namun dia menempa nama sebagai pelakon di Hong Kong sebelum melebarkan sayap ke Hollywood.

 

Bukan semua orang bertuah untuk mendapat tempat di peringkat Antarabangsa kerana persaingan yang sengit perlu dilalui. Sementelah sebagai pendatang, memang sukar mencuri hati penerbit dan pengarah serta pihak media di Negara barat itu.

4 of 4

Agnes Monica

 

Agnes berganding suara dengan Chris Brown September 2018

 

Tak Ada Logika, Matahariku dan banyak lagi lagu Agnes Monica yang merdu mendapat tempat di hati kita. Penyanyi cantik Indonesia itu juga mula berlakon dan melebarkan sayap ke Taiwan. Menjadi tamu di persada antarabangsa dan akhirnya terikat di Hollywood pada 2011. Dia kini menetap di Los Angeles dan menjadi kebanggaan seluruh Indonesia.

 

Berduet bersama Chris Brown menerusi lagu Overdose yang dikeluarkan secara rasmi September 2018. Sering dilihat hadir di dalam acara-acara besar di Amerika Syarikat, Agnes Monica, 32, semestinya bakal menaikkan nama Indonesia di mata dunia.

Your email address will not be published. Required fields are marked *