Raikan Cinta Anda Di Sunway Putra Hotel Valentine’s Day Ini

GLAM Life

Raikan Cinta Anda Di Sunway Putra Hotel Valentine’s Day Ini

125

Saban tahun St. Valentine’s Day menjelang, pasti pasangan kekasih sibuk merancang sesuatu yang istimewa buat insan tercinta mereka. Dari getaway romantik hingga ke makan malam nan mewah. Jika anda masih tercari-cari tempat untuk meraikan hari istimewa ini bersama teman istimewa, keluarga atau teman-teman, Sunway Putra Hotel kini menawarkan Valentine’s Set Dinner khas untuk Hari Valentine.

 

Diilhamkan oleh Tukang Masak Eksekutif, Chef Rossham, dan pasukannya dengan 20 tahun pengalaman dan pengetahuan dalam masakan Timur dan Barat, set makan malam ini turut menampilkan hidangan Barat lima peringkat yang pastinya akan memukau deria rasa sesiapa sahaja.

 

Grilled Beef Tenderloin Mignon

Kembara istimewa gastronomi ini dimulakan dengan hidangan Barbecued Salmon, Arugula dan Water-cress Salad yang diikuti pula dengan Fresh Cream of Roma Roasted Tomato Soup bersama Toasted Herbs.

 

Lemon Sherbet with Crushed Mixed Nuts and Mint Leaves turut dihidangkan sebelum anda membuat pilihan antara dua hidangan utama; Grilled Beef Tenderloin Mignon bersama Onion Marmalade dengan Steamed Asparagus, Pumpkin Confit, Pureed Potato Garlic dan Glazed Portobello Mushrooms atau Pan Seared Salmon bersama Buttered Brussels Sprouts, Tomato Confit, Grilled Zucchini, Green Peas Mashed Potato dan Lemon Calamansi Hollandaise.

 

Tiramisu

Untuk mengakhiri malam istimewa anda dengan set makan malam ini, pencuci mulut tiramisu dihidangkan atas permintaan. Semua ini hanya pada harga RM88 sekepala. Sempena promosi istimewa ini, Sunway Putra Hotel turut menawarkan baucar Set Teppanyaki Set di Restoran Gen Japanese buat 10 tempahan terawal dan juga sekotak cokelat pralin yang akan diberikan pada hari tempahan anda.

 

Tidak lupa juga kepda pasangan yang bertuah, anda berpeluang untuk memenangi percutian tiga hari dan dua malam dalam suit mewah Junior di Sunway Resort & Spa bernilai RM2000!

 

Untuk tempahan, sila hubungi Food & Beverage di 03-4040 9888 atau emel ke [email protected].

Your email address will not be published. Required fields are marked *