Tranformasi Terbaru Penyanyi "Hello" Adele Dikongsikan

Rahsia Tranformasi Fizikal Adele Kini Bukan Lagi Rahsia

Jurulatih peribadi penyanyi tersebut, Pete Geracimo mendedahkan segalanya dalam satu temu ramah bersama HealthistaWhat are you waiting for, ladies? Go get your dream body! 

 

 

Sejurus digelar pemenang Anugerah Grammy, pastinya kehidupan anda diletakkan dibawah mikroskop — ramai yang mahu tahu apa jadi dalam hidup anda. Itulah yang dilalui penyanyi ini dan perubahan rupa fizikalnya! Transformasi Adele sungguhlah drastik jika dibandingkan semasa beliau baru berjinak-jinak dalam dunia muzik. Apa sebenarnya rahsia Adele ke jalan fitness yang digerun ramai ini?

 

 

Adele dikhabarkan sering bersenam bersama jurulatihnya di KX Gym, London yang terletak di daerah Kensington. Pete telah berkecimpung sebagai seorang jurulatih peribadi professional lebih 20 tahun! — kerabat diraja juga! Lantaran itu, beliau tahu apa yang Adele perlukan bagi membakar kesemua excess baggage beliau.

 

 

Ketika ditanya oleh majalah Rolling Stones, penyanyi kelahiran British itu berkata bahawa beliau inginkan kesihatan buat diri sendiri dan bukannya untuk menjadi seorang bersaiz kecil. Baginya, ia bermaksud beliau perlu mengurangkan pengambilan gula, berhenti merokok dan perlu sering bersenam. Namun, Adele tidaklah terlalu “gila” — beliau tidak elak ambil makanan berkarbohidrat.

See also
Izara Aishah Lancarkan Rangkaian Mekap!

 

Jurulatih itu juga merupakan seorang triathelete dan ahli terapi sukan. Motto beliau dalam mengekalkan gaya hidup yang sihat? Take time to take care of yourself. “Kita perlukan imbangan yang betul antara kerjaya, keluarga dan kawan”, sambungnya. Pete juga berkata bahawa anda tidak perlulah ke gim untuk bersenam. 

 

 

 

“Senaman yang paling penting bagi saya ialah latihan berat badan. Anda tidak perlu ke gim untuk melakukannya, tidak perlukan peralatan dan berat badan anda beri daya tahan yang banyal untuk mendapatkan senaman yang produktif”, katanya dengan tegas. 

 

 

Senaman bakar lemak kegemaran beliau? HIIT (High Intensity Interval Training). Ia keluarkan anda dari zon selesa anda. Setiap sesi hanya berlangsung kira-kira 30 minit atau kurang. Jika ia terlalu berat bagi kamu, Pete sarankan untuk berjalan atau mengayuh basikal sebagai alternatif kepada kereta dan bas, naiki tangga dan bukan lif, pergi bersenam dan bukannya duduk bersahaja di hadapan TV. Kunci utamanya ialah untuk menggerakkan tubuh dan bukan elemen lain yang menggerakkannya buatmu!

See also
Lifestyle Guru: Zaireen Acosta Kongsi Tip Menghias Rumah

 

 

Beliau juga merupakan pengikut tegar diet Sirtfood, yakni pelan makanan yang ketengahkan makanan yang kaya dengan protein sirtuin, termasuklah epal, buahan sitrus, daun pasli, beri biru, teh hijau, soya, strawberi, kunyit, minyak zaitun, bawang, dan kale. “Ia bukanlah sebuah diet per se, ia lebih kepada gaya hidup pemakanan”, katanya. “Kamu perlu tahu gaya pemakanan apa yang sesuai buat diri sendiri — dan elakkan makanan yang telah diproses.”

 

Apabila ditanya jika beliau mempunyai makanan yang diambil secara terhad atau berlebihan, beliau berkata bahawa kesemuanya perlu diambil dalam kadar yang berpatutan dan bukan menghindarkan diri dari apa-apa [jenis makanan]. “Saya lebih cenderung untuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan ikan tetapi kadang kalanya, saya akan menikmati stik juga!”, katanya. 

 

 

Bagaimana buat cheat meal pula? Pandangan beliau terhadapnya ialah ia seperti sebuah ganjaran setelah bekerja keras [bersenam]. Lazimnya, beliau hanya akan membenarkan kliennya mengambil satu hidangan cheat meal sekali setiap tujuh hari — tetapi beliau tidak mengambil cheat meal kerana buat beliau, jika dia hendak mengambil makanan kurang sihat, beliau akan memastikan bahawa dia telah berkeras di gim supaya tiada rasa bersalah.

See also
GLAM Junior April 2016