Istimewa Negara Gajah Putih Thailand Sebagai Destinasi Percutian

Penginapan Istimewa di Kota Bangkok

Thailand jadi tumpuan pelancongan kerana tarikan barangan jualan, destinasi pelancongan terutama pantai dan makanan enak disediakan. Ketika diundang ke Thailand, ini bukan kunjungan pertama. Sekali pergi, pasti anda mahu kembali lagi kerana Thailand tidak jemu dikunjungi.  Mungkin ini lah destinasi paling sesuai di hujung tahun.

 

Paling penting adalah memilih penginapan selesa agar percutian anda sesempurna mungkin. Selain dekat dengan tempat-tempat menarik ingin dikunjungi, biarlah hotel tersebut lengkap daripada segala kemudahan.

[envira-gallery id=”75336″]

1 of 18
Use your ← → (arrow) keys to browse

Avani Riverside Bangkok Hotel

 

Avani Riverside Bangkok Hotel semestinya memenuhi segala keperluan peribadi pengunjungnya. Biarpun terletak di tengah ibu kota Bangkok, panorama Chao Phraya River daripada hotel sangat indah terutama ketika berada dipuncaknya.

 

Gandingan dekorasi kontemporari dan gaya moden sesuai buat semua peringkat pengunjung yang inginkan percutian santai, mengadakan urus niaga atau bulan madu.

 

Tidak lengkap kunjungan kalau tidak Avanispa atau bersenam di Avanifit. Skyline pula menyajikan menu enak sepanjang hari.

See also
Kenali Meghan Markle, Wanita Pilihan Putera Harry

 

Petang hari waktu bersantai di kolam mandi yang indah panoramanya. Malam pula menikmati hiburan di Attitude Rooftop Bar & Restaurant.

 

Selain kemudahan penginapan di hotel, Avani juga menyediakan Shuttle boat untuk ke BTS Skytrain di jeti Saphan Taksin, juga langsung ke pasar malam terbesar di Bangkok, pusat hiburan dan membeli-belah yang lain.

 

Destinasi Wajib Dikunjungi

  1. Makan malam di atas Manohra Cruise sambil menyusuri sungai Chao Phraya.
  2. Klong Guru membawa anda menikmati kebudayaan dan warisan di Thailand.