Penerbangan Termewah Dunia

Penerbangan Termewah Dunia

Ketika merencana percutian terhebat, soal kapal terbang terus menerpa kotak fikiran. Semua memilih untuk terbang dengan pesawat terbaik. Ya, teknologi pesawat kian berkembang maju dan ia beriring dengan penampilan kabin pesawat termasuk dekorasi dalamannya. Semua syarikat penerbangan berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Setiap aspek dihalusi untuk keselesaan maksimum penumpang mereka. Penerbangan jarak jauh tidak lagi mengundang rasa bosan apabila semua kemudahan disediakan di dalam pesawat.
 
Liburan bermula sebaik penumpang melangkah kaki ke dalam pesawat. Kerusi selesa umpama katil peraduan terutama di kelas perniagaan dan kabin kelas pertama akan membuai tidur yang nyenyak. Jika anda memilih untuk berjaga, pelbagai jenis hiburan disediakan agar masa anda terisi dengan sempurna. Selain disediakan kemudahan lima bintang, krew kabin akan memanjakan anda dengan layanan penuh mesra. Pesawat-pesawat ini berterbangan megah diruang langit membawa penumpang ke segenap penjuru dunia. GLAM membariskan lima penerbangan termewah yang diolah sempurna langsung berubah bak hotel bertaraf lima bintang di langit biru.
 
emirates
 
EMIRATES
Bermula dengan hanya sepasang pesawat pada 1985, Emirates langsung menjadi kuasa mewah yang disegani. Punya kamar mandi lengkap dengan tempat ganti baju peribadi, meja perapian diri dan bar mini persendirian. Sebagai penumpang anda merasakan diri dilimpahi kemewahan sebenar dengan perjalanan yang luar biasa dari awal hingga akhir. Sentuhan kemewahan disemarakkan dengan hiburan multimedia tanpa henti. Begitu juga dengan persembahan seleksi hidangan terbaik pada setiap waktu makan.
 
Etihad
 
ETIHAD
Perjalanan ke 68 destinasi dari 43 negara di seluruh dunia, Etihad menyediakan penerbangan terbaik berkonsepkan hospitaliti mewah Arab. Memperlihatkan pelbagai ciri-ciri mewah, Diamond Suite Kelas Pertama adalah paling mewah. Segala-galanya mewah dengan suite peribadi, kamar tidur bersama pengurus makanan dan minuman anda sendiri yang menampilkan makan malam bertaraf lima bintang. Juga bersama TV skrin lebar 23-inci, bar mini peribadi, kerusi urut yang digarap penuh privasi.
 
Virgin Airlines
 
VIRGIN ATLANTIC
Sir Richard Branson adalah peneraju bagi syarikat penerbangan ini. Syarikat yang berpangkalan di California ini punya misi untuk membuat setiap penerbangan yang berkualiti dengan kadar gangguan minimum. Dengan kemudahan internet dalam penerbangan bersama tempat duduk kulit yang direka khas, skrin sentuh video di setiap tempat duduk belakang yang menawarkan tetamu di atas permintaan menu dan pilihan hiburan yang tidak terkira banyaknya.
 
BritishAirways
 
BRITISH AIRWAYS
Beroperasi selepas Perang Dunia I, British Airways mengisytiharkan syarikatnya sebagai syarikat penerbangan pilihan ramai kerana punya lounge yang selesa dengan limpahan aneka hidangan makanan yang menyelerakan. Misi syarikat ini adalah untuk menjadikan syarikat penerbangan ini terbaik dan paling berjaya di dunia. British Airlines mendahului senarai teratas dengan menampilkan ruang kerja dan jadual makan mengikut jadual anda sendiri tanpa diganggu krew pesawat.
 
Delta
 
DELTA
Penerbangan yang mengangkat erti sebenar keselesaan seperti berada di rumah sendiri. Syarikat penerbangan ini menyediakan tempat duduk katil rata, hiburan dalam penerbangan, dan gourmet yang lazat. Diberi dipujian oleh penumpang sebagai penerbangan terbaik kala menuju ke Afrika.
 
 

See also
 Selebriti Jayakan L’Oreal Colour For Life