Jenis Makanan Perlu Elak Untuk Kanak-Kanak

Makanan Perlu Elak Untuk Kanak-Kanak

KidsGambar: Ingimage

 
Fast Food
Burger dan ayam goreng dari mana-mana outlet makanan segera hanya akan mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada tubuh badan kanak-kanak. Kajian mendapati pengambilan makanan segera merosakkan dan menyebabkan arteri tersumbat!

 
Air Berkarbonat
Air berkarbonat bukan sahaja mengandungi kandungan gula yang tinggi yang boleh menyebabkan diabetes malah boleh menjejaskan perlakuan kanak-kanak. ­Time.com melaporkan bahawa sebuah kajian mendapati di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun, mereka yang dibiarkan minum air berkarbonat menunjukkan peningkatan di dalam perlakuan agresif.
 
Jus
Dr. David Ludwig, seorang pakar pediatrik obesiti di Hospital Kanak-Kanak Boston mengatakan bahawa jus juga boleh disamakan dengan air berkarbonat yang lain. “They are 100 per cent sugar,” katanya. Justeru, tiada khasiat yang boleh didapati dengan memberikan jus kepada kanak-kanak.
 
Snek Ringan/ Keropok
Snek biasanya dihasilkan dengan tepung yang diproses dan ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang boleh menyebabkan kenaikan tahap kolestrol yang tinggi. Bahan-bahan pemprosesannya sahaja sudah cukup untuk menggambarkan yang snek bukanlah makanan yang berkhasiat untuk anak anda!
 
French Fries
Antara makanan yang terdapat di dalam senarai makanan yang digemari oleh anak-anak anda. Bukannya harus dihentikan serta merta namun pengambilannya harus kurangkan. Kerana kandungan lemak dan garam yang amat tinggi dan tiada nilai nutrisi yang baik untuk tubuh badan kanak-kanak.
 
Daging Proses
Ya, daging burger yang sudah siap diproses kedengarannya mudah disediakan. Hanya perlu dinyahbeku dan digoreng kemudian siap untuk dijamah oleh anak-anak anda. Tetapi awas! Daging yang sudah diproses juga boleh disamakan seperti span yang menyerap minyak. Walaupun kesan pengambilannya tidak drastik, namun di dalam jangka masa panjang, ianya boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan juga kanser.
 
 

See also
Destinasi Unik Musim Bunga