Lima Restoran Michelin Brazil - Glam Malaysia

Lima Restoran Michelin Brazil

Oleh: Nur Sofea
 
Gambar: Sumber Google
 
Bagi anda yang gemar  menikmati hidangan eksotik, Brazil adalah destinasi yang sesuai buat anda. Brazil menawarkan pelbagai restoran yang menyajikan pelbagai jenis hidangan. GLAM senaraikan lima restoran Brazil yang diiktiraf Michelin.
 
D.O.M

Restoran dua bintang yang diiktiraf oleh Michelin ini diasaskan oleh Alex Atala ini menawarkan hidangan yang lain dari yang lain. Alex Atala bijak dalam menggunakan bahan-bahan yang tidak pernah digunakan oleh chef terkemuka yang lain seperti priprioca, beras hitam dan pupunha palm heart.
 
[soliloquy id=”50843″]

Kan Suke

Restoran Jepun yang terpencil ini nyata syurga gastronomi di Brazil. Sushi dan sashimi merupakan menu istimewa restoran ini namun hidangan signature Kan Suke ialah carapau no macarico, iaitu ikan mackerel yang disalut dengan garam sebelum di bakar dengan blowtorch.
 
[soliloquy id=”50847″]

Eleven Rio

Diasaskan oleh Joachim Koerper, chef yang pernah memenangi anugerah dan mahir dalam hidangan Mediterranean. Dihias dalam suasana klasik, restoran ini turut menawarkan wain yang sesuai dengan hidangan yang anda pilih.
 
[soliloquy id=”50856″]

See also
Gaya Selebriti Semasa Critic's Choice Awards 2016

Fasano

Dibawah kepimpinan Rogerio Fasano, dapur yang dikendalikan oleh chef Paolo Lavezzini ini mendapat pengiktirafan tiga bintang dari Michelin.  Menghidangkan pelbagai sajian dari Mediterranean. Dihias dalam suasana peribadi yang dikelilingi langsir linen putih dengan perabot rekaan Philippe Starck untuk memberikan romantis ketika sedang menjamu selera.
 
[soliloquy id=”50860″]

Olympe

Diterajui oleh Claude Troisgros dan anaknya, Thomas sejak 1979. Olympe menghidangkan sajian Perancis dengan menggunakan bahan-bahan dari Brazil. Terkenal dengan hidangan ravioli berintikan mousseline of parsnips dan kacang pain dan raspberry soufflé yang dihidangkan dengan beri merah dan ais krim.
 
[soliloquy id=”50864″]