Lima Hotel Hebat Di Bawah Permukaan Air

Lima Hotel Hebat Di Bawah Permukaan Air

Ekspresi menyelam di dasar laut tidak lagi relevan apabila anda boleh menginap di dalam lautan! GLAM bawa anda melayari fantasi ke lima pengalaman berbeza di bawah permukaan air. Ayuh kemas bagasi dan rancang percutian!
 
The Manta Resort2

The Manta ResortGambar: Facebook The Manta Resort

 
1. The Manta Resort, Pulau Pemba, Zanzibar
Ibarat sebuah pulau terapung dengan lokasi kamar tidur sedalam empat meter di bawah permukaan air, The Manta Resort menawarkan pengalaman cukup istimewa dekat dengan keindahan alam semula jadi yang pasti memberi ketenangan kepada jiwa. Bayangkan suasana tidur dikelilingi kehidupan laut berenang bebas di sekeliling anda, pasti menjadi memori manis untuk dikenang sepanjang hayat. Di dek atas pula, anda boleh bermalasan sambil berjemur atau mengira bintang di langit juga nikmati makan malam di atas dek air.
 
Atlantis, The Palm, Dubai

Atlantis, The Palm, Dubai2Gambar: Atlantis The Palm

 
2. Atlantis, The Palm, Dubai
Alami keasyikan pemandangan kehidupan laut di Underwater Suits di Hotel Atlantis, Dubai. Buat pasangan yang merancang untuk berbulan  madu, suite di bawah air ini menjanjikan pengalaman cukup intim dan romantik dengan panorama indah termasuklah mitos peninggalan purba kota Atlantis. Bersedia untuk terpukau di kamar tidur yang dihiasi pemandangan kaca dari lantai hingga ke siling, terus ke Ambassador Lagoon yang dipenuhi jerung serta 65 ribu jenis habitat laut. Nikmati dunia penuh rileks lagi menenangkan!
 
Conrad Maldives Rangali Island Resort

See also
Nabila Huda, Rebel With A Cause!

Conrad Maldives Rangali Island Resort2Gambar: Facebook Conrad Maldives Rangali Island

 
3. Conrad Maldives Rangali Island Resort
Bukan sebuah hotel namun Ithaa Undersea Restaurant di Conrad Maldives Rangali Island Resort merupakan restoran permukaan bawah air pertama di dunia yang dibina dari kaca sepenuhnya. Restoran unik yang terletak sedalam 16 kaki di bawah paras laut ini menawarkan masakan Maldives dan Barat. Sambil menikmati hidangan, lihat kehidupan laut serta tumbuhan batu karang yang menjadi tarikan. Malahan perkahwinan di bawah laut turut boleh direalisasikan di sini.
 
Lovers Deep

Lovers Deep2Gambar: Oliver’s Twist

 
4. Lovers Deep, Caribbean
Pengalaman mewah luar biasa pasti mengiringi anda di kapal selam Lovers Deep. Kapal selam rekreasi ini ditawarkan khas buat pasangan cinta yang dambakan percutian penuh privasi di bawah lautan. Segala yang anda impikan pasti menjadi kenyataan kerana kapal selam ini direka mengikut spesifikasi peribadi anda. Layari lautan Carribbean bersama dan alami pengalaman unik lagi hebat yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup.
 
LimeSpa

See also
Takhta Selena Gomez Sebagai Selebriti Paling Berpengaruh Dirampas

LimeSpa2Gambar: Facebook Huvafen Fushi

 
5. Lime Spa di Huvafen Fushi, Maldives
Spa pertama dunia di bawah permukaan air ini menawarkan sensasi berlainan buat anda yang ingin memanjakan diri setelah letih dengan aktiviti snorkelling dan perairan. Selama 180 minit rawatan dijalankan, hayati intipati Maldives dengan tawaran mineral, limau serta kelapa asli dari pulau ini. Usai sesi urutan, hayati keindahan hidupan eksotik laut sambil menikmati buah-buahan dan teh herba.