Kembara Rising East Bersama Japan Airlines - Page 2 of 7

Kembara Rising East Bersama Japan Airlines

SEBUT SAHAJA JEPUN, PASTI RAMAI YANG TERUJA. MASAKAN TIDAK JIKA NEGARA YANG TERKENAL DENGAN JOLOKAN MATAHARI TERBIT INI TIDAK PERNAH PUTUS MENAWARKAN 1001 KEGEMBIRAAN KEPADA PENDUDUK LOKAL MAHUPUN PELANCONG.

 

Oleh : Yusairi Fitri

Gambar: Japan Airlines

 

Baik dari segi nilai sejarah, budaya, gastronomi dan juga iklim yang menakjubkan. Berbicara mengenai idea melancong ke Jepun, ada kejutan terbaru menanti anda. JAPAN AIRLINES (JAL), yang baru-baru ini diperakui sebagai syarikat penerbangan lima bintang oleh Skytrax untuk perkhidmatan yang berkualiti, kerusi dalam pemenang anugerah, serta perkhidmatan dengan sentuhan layanan Jepun, telah melancarkan kempen iklan serantau yang baru, ‘Discover Your Color’ sebagai salah satu tarikan dunia pelancongan di Jepun. Dari merah jambu musim Sakura yang bertenaga di Osaka, lereng putih bersalji Komatsu, dan hamparan ungu yang menakjubkan di musim panas di Sapporo, kepada pelbagai warna daun merah di musim gugur Yamagata, pelbagai  pengalaman yang penuh warna menanti anda.

2 of 7

Japan Airlines SkySuite III