Keajaiban Makanan Sihat

Keajaiban Makanan Sihat

Penjagaan dalam makanan adalah penting untuk memberi kesan kepada kesihatan yang baik. Ia termasuklah bagaimana cara kita makan dalam menu seharian kita, adakah cukup untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik? Justeru, pemakanan yang seimbang perlu dititik beratkan dalam menjalani kehidupan seharian.

 

Dalam pada itu, anda perlu tahu khasiat yang baik akan memberi anda kesenangan di masa hadapan dalam kehidupan kita.

 

GLAM kongsi beberapa jenis makanan yang baik untuk kehidupan seharian anda.

 

Ikan Salmon

 

02J72380

 

Ikan Salmon kaya dengan Omega 3 yang mampu membantu kulit daripada terhidrat sekali gus dapat menjadikan kulit anda halus dan mulus. Tetapi untuk mengambil khasiat yang ada pada salmon ini, anda haruslah mendapatkan cukatan yang betul iaitu lebih kurang 6 ouns dua kali sehari.

 

Klorofil

 

water on green

 

Klorofil adalah pigmen hijau dalam tumbuhan. Ia membantu mengoksigenkan sel-sel yang terdapat dalam badan anda dan memberikan kesihatan yang baik dalam kehidupan seharian anda.

See also
Selebriti Hollywood Menyambut Hari Valentine Di Laman Media Sosial

 

Minyak Kelapa

 

coconut oil

 

Minyak kelapa membantu memberi perut anda menjadi kempis, ini disebabkan minyak kelapa mampu membuang lebihan lemak yang terkandung dalam perut anda. Ambil satu sudu teh minyak kelapa atau campurkan dengan secawan kopi setiap pagi dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.

 

 Gluten dan Tenusu

 

02G49778

 

Pasti anda pernah membaca tentang selebriti atau model tidak akan memakan makanan yang berunsurkan gluten atau tenusu sebelum majlis, ini kerana makanan tersebut akan menyebabkan perut anda buncit dan terasa sangat kenyang. Jadi, jikalau ingin mengalas perut anda jangan ambil makanan yang berunsurkan gluten dan tenusu.