Mate 8 Peranti Pintar Terbaik Harus Anda Miliki

Mate 8 Peranti Pintar Terbaik Harus Anda Miliki

[soliloquy id="46102"]

 
Menawarkan kepuasan maksima kepada pengguna telefon pintar, Huawei Mate 8 punya segala-galanya buat peminat tegar peranti Android.
 
1. REKAAN MINIMALIS MEWAH
Sudah menjadi lumrah pengguna untuk tertarik pada rekaan yang menangkap pandangan mata. Mate 8 tampil dengan paparan skrin FHD sebesar 6 inci serta resolusi hebat 1080 x 1920 pixel. Tidak terhenti setakat itu, Huawei Mate 8 juga merupakan telefon pintar pertama yang hadir dalam rona Mocha Brown selain tiga seleksi rona lain yakni Moonlight Silver, Space Gray dan Champagne Gold. Telefon pintar ini punya ukuran langsing yang lebih nipis dari kebanyakan produk lain di pasaran manakala tekstur licin pada permukaan logam pula menyuntik lagi elemen mewah.
 
2. JANGKA HAYAT LAMA BATERI
Ketahanan bateri sering menjadi masalah kepada pengguna telefon pintar, namun Huawei Mate 8 tampil dengan 4000mAh bateri jauh meninggalkan ketahanan bateri iPhone 6 Plus! Tidak perlu risau akan jangka hayat bateri anda kerana bateri Mate 8 ini dikatakan mampu bertahan sehingga dua hari lamanya walaupun dengan penggunaan secara berterusan. Gabungan cip Kirin 950 dengan teknologi pintar kuasa baru pada Mate 8 mencipta tanda aras baru bagi jangka hayat bateri telefon pintar.
 
3. FUNGSI BISNES SERTA IMBASAN KAD
Anda kini perlukan Mate 8 bagi membantu kecekapan perniagaan! Fungsi imbasan kad perniagaan pada telefon pintar ini sudah pasti memudahkan lagi proses penyimpanan data serta maklumat. Menerusi Image Sensor Processor (ISP) pada kameranya, hanya imbas kad perniagaan pada kamera tersebut dan secara automatik ianya akan menyimpan data ke dalam Mate 8 anda. Lebih hebat, ianya mampu mengimbas sehingga 17 bahasa dengan kadar kejayaan sehingga 99%.
 
4. TEKNOLOGI IMBASAN JARI 
Inovasi teknologi imbasan jari yang ada pada Mate 8 bukan sahaja mempunyai akses kunci kelajuan kurang dari 0.5 saat, tetapi ianya juga berfungsi untuk menjawab panggilan telefon, mengunci aplikasi serta melindungi fail serta data yang disimpan di dalam telefon pintar tersebut. Tidak perlu risau akan segala maklumat yang disimpan di dalam Mate 8 tersebar, kerana ianya utuh dibenteng firewall yang disediakan oleh Kirin 950 TrustZone dan juga OS. Lebih mengujakan, Mate 8 juga punya fungsi ‘buku jari’ atau knuckle yang pasti menambah pengalaman luar biasa kala menggunakannya. Gunakan buku jari anda untuk menyunting gambar atau melukis abjad pada skrin bagi membuka aplikasi. Versi terbaru knuckle di Mate 8 membolehkan anda slide knuckle anda pada skrin dari kiri ke kanan bagi mengaktifkan mode split-screen. 
 
5. REALITI BARU KAMERA
Huawei Mate 8 merupakan telefon pintar pertama yang punya ciri kamera Sony 16 MP IMX298 stacked image sensor, hasilnya setiap gambar yang dirakam adalah lebih jelas dan terang. Ciri Optical Image Stabilization (OIS) pula berfungsi dalam pemantauan cahaya serta penggunaan teknologi anti-gegar membantu menghasilkan momen indah dirakam anda walau berada dalam suasana gelap.
 

See also
Perkahwinan Putera Carl Philip Bersama Sofia Hellqvist

[soliloquy id="46108"]

 

Layari laman web rasmi Huawei atau Facebook Huawei Malaysia untuk info lanjut.