Hilary Duff Enggan Tewas Kepada Herdikan Pembuli

Hilary Duff Enggan Tewas Kepada Herdikan Pembuli

 

Enggan melayan pembuli laman sesawang, pelakon Lizzie McGuire menepis komen-komen menjengkelkan mereka. Usah hiraukan energi negatif, Hilary Duff sememangnya has no time for haters!

 

Hal ini bangkit kerana foto beliau sedang bercuti di Hawaii timbul di laman sosial baru-baru ini. Hilary dilihat sedang bersama anak lelakinya, Luca, 5 ketika paparazzi mengambil foto beliau berpakaian bikini ketika di sebuah pantai. Foto tersebut menunjukkan Hilary mendokong Luca dari belakang.

 

Hal demikian membuka ruang buat pembuli-pembuli laman sesawang atau keyboard warrior untuk melemparkan kata-kata kurang senang akan rangka badan Hilary yang bagi mereka tidak selari dengan imej seseorang selebriti Hollywood. 

 

 

Hilary membawa maslahat ini kepada laman Instagramnya, and she’s very positive about it! Beliau telah memberi mesej bernada positif kepada umum, termasuklah mereka yang mengherdiknya — beliau berbangga dengan rupa fizikalnya yang sedia ada,

 

“Saya memuat naik ini buat bagi pihak gadis-gadis muda, wanita dan ibu-ibu walau apa jurang usia pun,” tulis bekas bintang Disney itu. “Saya sedang menikmati percutian bersama anak saya, selepas musim penggambaran yang berlarutan dan kerana sudah lama berjauhan bersamanya, kadang kala berminggu dan berbulan lamanya.”

See also
GLAM MEMORI: Sarimah Ibrahim

 

“Memandangkan laman web dan majalah gemar kongsikan ‘kecacatan selebriti’ — saya mempunyainya! Tubuh saya telah mememberi kurniaan terbaik dalam kehidupan saya: Luca, 5 tahun lalu,” tambah Hilary dengan bangga.

 

 

 

I’m turning 30 in September and my body is healthy and gets me where I need to go,” sambungnya.

 

Beliau menggulung tikar akan mesej tersebut dengan ingatan tulus buat kesemua kaum Hawa di luar sana: “Ladies, let’s be proud of what we’ve got and stop wasting precious time in the day wishing we were different, better, and unflawed. You guys (you know who you are!) already know how to ruin a good time, and now you are body shamers as well. #kissmyass”

 

Pelakon tersebut merupakan penggemar giat perihal kesihatan, dan sudah lama bervokal akan positiviti badan.